Saturday, November 22, 2008

PERSATUAN BUDAYA MELAYU DUNEARN

Persatuan Budaya Melayu Dunearn telah dibentuk dengan matlamat berikut :


Untuk mengembangkan bakat dan potensi pelajar dalam bidang bahasa, kesusasteraan dan aktiviti budaya.
Untuk menyediakan peluang kepada pelajar-pelajar untuk mempelajari serta menghayati seni warisan Melayu.

Untuk menyemai nilai-nilai moral dan budaya Melayu dalam kalangan pelajar melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan.
Untuk menggalakkan pelajar yang berpotensi untuk menyertai pertandingan dan aktiviti di peringkat sekolah, kelompok dan juga nasional.

Laporan Perbayu Dunearn 2008

2008 merupakan tahun bersejarah bagi Perbayu Dunearn. Bilangan ahli kami telah meningkat dari 40 orang ahli kepada 50 ahli yang terdiri dari pelajar-pelajar menengah satu hingga menengah lima. Antara kegiatan mingguan yang kami anjurkan termasuklah tarian, dikir barat, kompang, deklamasi puisi dan bahas.
Ahli jawatankuasa telah dilantik pada awal bulan Januari dan latihan mingguan telah dijalankan pada setiap petang Selasa dan Jumaat. Ahli persatuan diberi latihan asas dalam bidang tarian, dikir barat, kompang, drama, bahas dan puisi. Sambutan ahli-ahli begitu menggalakkan dan ahli-ahli telah memberikan sokongan padu dan menunjukkan keghairahan semasa sesi latihan dan juga semasa persembahan pentas.
Acara kemuncak pada tahun ini ialah Konsert Gong Xi Raya anjuran Jabatan Bahasa Ibunda di mana kami telah mempersembahkan acara tarian dan dikir barat. Kami juga turut menyertai Pertandingan Puisi Artistik anjuran Sekolah-Sekolah Kelompok Barat 2 yang ternyata mendapat sambutan hangat dari sekolah-sekolah. Di akhir pertandingan pasukan sekolah kami muncul sebagai Naib-Juara dan dijemput membuat persembahan Puisi Artistik “Bayangan Di Cermin ” di Esplanade bagi memeriahkan pembukaan Pesta Raya – Festival Kesenian Melayu 2008.
Bagi menajamkan lagi kemahiran ahli-ahli persatuan, kami telah mengambil bahagian dalam beberapa pertandingan seperti Pertandingan Bahas Piala Berita Harian, Walaupun pasukan kami gagal melayakkan diri ke peringkat suku akhir berdasarkan kiraan mata namun salah seorang pembahas bahas sekolah kami, Hadi Wiputra telah berjaya mengharumkan nama sekolah dengan merangkul Piala Pemidato Terbaik. Selain itu juga kami juga tidak ketinggalan menyertai Pertandingan Mengarang Pena Emasku anjuran EDN Media. Dalam pertandingan tersebut sekolah kami telah berjaya menyandang gelaran Johan Keseluruhan dengan memenangi anugerah 15 Emas dan 13 Perak. Dalam pertandingan mengarang anjuran SPH pula sekali lagi sekolah kami telah berjaya meraih tempat pertama melalui Adib Ahmas dan Luqman Baihaqim.
Kami juga bergiat aktif dalam kegiatan anjuran sekolah seperti Muzikal Sounds of Music, Konsert Hari Guru dan Konsert Hari Kebangsaan.
Sebagai sebahagian dari program pengayaan, ahli-ahli persatuan kami telah mengambil bahagian dalam ceramah peperiksaan. Ceramah ini diadakan pada bulan March untuk membimbing pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan bahasa Melayu peringkat ‘O’ pada hujung bulan Mei. Ceramah ini telah disampaikan oleh penceramah undangan yang merupakan ketua subjek dan ketua jabatan dari Sekolah Menengah Yusof Ishak, Sekolah Menengah Commonwealth, Sekolah Menengah Dunearn dan Sekolah Menengah Bukit Batok. Selain dari itu ahli-ahli kami juga berpeluang menghadiri Bengkel Kewartawanan anjuran Perbayu NUS dan menyaksikan Muzikal Setangkai Kembang Melati – anjuran Sekolah Menengah Teck Whye bagi tujuan apresiasi tarian dan drama.
Kesimpulannya, sepanjang tahun 2008, persatuan kami telah menganjurkan banyak kegiatan-kegiatan yang bermanfaat dan bermakna bagi ahli-ahli persatuan dan kami berharap tahun 2008 akan membawa kejayaan yang lebih besar kepada persatuan budaya Melayu.

Friday, November 21, 2008

Malay Cultural Society

Synopsis of Malay Cultural Society

The Malay Cultural society had been in existence since the inception of Dunearn Secondary School in 1962. From a humble beginning of 20 members, its membership has increase steadily over the years. Currently, our membership stands at 55 members from Secondary One to Five. Regular practices were held twice a week on Monday and Tuesday afternoon. Members were given training in dancing, dikir barat, kompang, drama and debate. Ever since its inception, its members had participated in numerous school concerts, public performances and national competitions. This year, our members took part in the Singapore Youth Festival Central Judging for Malay Dance and clinched a Silver Award. Our members also participated in the Inter-School Debate organized by Berita Harian and performed commendably. Recently, our members participated in the Inter-School Artistic Poetry Competition and won second placing including the ‘Most Creative team Award’. With greater commitment and enthusiasm of its members, we hope to soar to even greater heights in years to come.

Puspa Wiraja Dikir Barat Group

The Dunearn Dikir Barat Group, Sri Kelana was established in 1980 since the with the aim of promoting an interest and appreciation of the art of dikir barat among Malay students. Since its establishment it has won numerous accolades in dikir barat competitions organized by Nanyang Junior College. The group was the defending champion in the Inter-School Dikir Barat Competition for there consecutive years in 1981, 1982 and 1983. However, the group was less active when the school shifted to its new premises at Bukit Batok West Avenue 2. In 1997, the dikir barat group was revived to its former glory with the name, Puspa Wiraja and has been in existence until the present day. The new group Puspa Wiraja has also taken part in numerous dikir barat competitions and was the runners-up in the W2 Cluster Inter-School Dikir Barat Competition in 2002 and 2003. With greater commitment and enthusiasm of its members, we hope to soar to even greater heights in years to come.

Puspa Sari Dancers

The Dunearn Malay Dance Group, Puspa Sari had been in existence since the inception of Dunearn Secondary School in 1962. From a humble beginning of 16 members, its membership has increase steadily over the years. Currently, our dancers stands at 30 members from Secondary One to Five. Regular practices were held twice a week on Tuesday and Friday afternoon. Members were given training in dancing which include the zapin, joget, ronggeng, masri and inang. Ever since its inception, its members had participated in numerous school concerts, public performances and national competitions. This year, our dancers took part in the Singapore Youth Festival Central Judging for Malay Dance and clinched a Silver Award. Recently, our members participated in the Inter-School Artistic Poetry Competition and won second placing including the ‘Most Creative team Award’.

Puspa Wiraja Dikir Barat Group

The Dunearn Dikir Barat Group, Sri Kelana was established in 1980 since the with the aim of promoting an interest and appreciation of the art of dikir barat among Malay students. Since its establishment it has won numerous accolades in dikir barat competitions organized by Nanyang Junior College. The group was the defending champion in the Inter-School Dikir Barat Competition for there consecutive years in 1981, 1982 and 1983. However, the group was less active when the school shifted to its new premises at Bukit Batok West Avenue 2. In 1997, the dikir barat group was revived to its former glory with the name, Puspa Wiraja and has been in existence until the present day. The new group Puspa Wiraja has also taken part in numerous dikir barat competitions and was the runners-up in the W2 Cluster Inter-School Dikir Barat Competition in 2002 and 2003. With greater commitment and enthusiasm of its members, we hope to soar to even greater heights in years to come.

Wednesday, November 19, 2008

Kumpulan Tari Puspa Sari

The Dunearn Malay Dance Group, Puspa Sari had been in existence since the inception of Dunearn Secondary School in 1962. From a humble beginning of 16 members, its membership has increase steadily over the years. Currently, our dancers stands at 30 members from Secondary One to Five. Regular practices were held twice a week on Tuesday and Friday afternoon. Members were given training in dancing which include the zapin, joget, ronggeng, masri and inang. Ever since its inception, its members had participated in numerous school concerts, public performances and national competitions. This year, our dancers took part in the Singapore Youth Festival Central Judging for Malay Dance and clinched a Silver Award. Recently, our members participated in the Inter-School Artistic Poetry Competition and won second placing including the ‘Most Creative team Award’.

Kumpulan Dikir Puspa Wiraja

The Dunearn Dikir Barat Group, Sri Kelana was established in 1980 since the with the aim of promoting an interest and appreciation of the art of dikir barat among Malay students. Since its establishment it has won numerous accolades in dikir barat competitions organized by Nanyang Junior College. The group was the defending champion in the Inter-School Dikir Barat Competition for there consecutive years in 1981, 1982 and 1983. However, the group was less active when the school shifted to its new premises at Bukit Batok West Avenue 2. In 1997, the dikir barat group was revived to its former glory with the name, Puspa Wiraja and has been in existence until the present day. The new group Puspa Wiraja has also taken part in numerous dikir barat competitions and was the runners-up in the W2 Cluster Inter-School Dikir Barat Competition in 2002 and 2003. With greater commitment and enthusiasm of its members, we hope to soar to even greater heights in years to come.

Tuesday, November 18, 2008

Punca-Punca Keganasan Rumah Tangga Dan Langkah-Langkah Mengatasinya.


Menurut Kaunselor Kanan Persatuan Kanak-kanak Singapura di bahagian Pusat Khidmat Keluarga, Cik Noor Sida Abdullah, daripada 20 kes yang dirujuk di pusat itu tahun lalu, enam melibatkan kes keganasan keluarga. Daripada jumlah itu, lima kes melibatkan penderaan secara fizikal dan satu kes secara verbal atau lisan. Statistiks ini jelas membuktikan bahawa masalah keganasan rumah tangga begitu serius dan harus ditangani dengan bijak. Persoalannya apakah punca-punca yang menyebabkan tercetusnya keganasan rumah tangga dan apakah pendekatan atau strategi yang boleh dilakukan untuk menangani masalah tersebut.

Punca prima ialah tekanan hidup dan masalah individu. Dalam era persejagatan ini kita tidak sunyi daripada dibelenggu masalah dan tekanan. Tekanan biasanya wujud dalam pekerjaan mahupun rumah tangga. Menurut pepatah Inggeris, 'tiada barang di dunia ini yang percuma." Semua harta benda di dunia ini mempunyai harga termasuklah barang yang besar mahupun barang yang kecil. Hal ini kerana kebanyakan keluarga mengalami kesempitan wang akibat inflasi dan kemelesetan ekonomi. Ini juga menyebabkan mereka mengalami masalah pekerjaan. Sikap individu juga adalah pemangkin kepada keganasan rumah tangga. Bak kata pepatah “Sayang akan kain, buangkan baju,sayang akan yang lain, buangkan aku. Menurut pernyataan ini, sikap individu adalah unsur paling penting dalam menjamin kebahagiaan sesebuah rumah tangga. Seorang suami isteri haruslah jujur dengan diri masing-masing dan janganlah bermain kayu tiga.

Seterusnya, kejahilan tentang agama. Seorang tokoh pernah berkata bahawa tanpa pendidikan agama, seseorang itu mempunyai iman yang goyah dan mudah diperanguhi iblis. Dengan itu, pasangan suami isteri itu seharuslah mempunyai sikap sabar kerana sikap ini adalah separuh dari iman. Mereka boleh melepaskan kemarahan dengan memekik dengan sekuat hatinya atau mendengar muzik atau menarik nafas dengan perlahan untuk meredakan kemarahan yang meluap-luap.

Selanjutnya, sikap individualistik masyarakat sekeliling yang kurang prihatin. Apabila berlaku penderaan dan keganasan biasanya jiran tetangga bersikap dingin dan tidak mahu campur tangan. Akibatnya si pendera akan terus mendera ahli keluarganya kerana tiada siapa yang menghalang dam tindakannya langsung tidak dipedulikan oleh jiran-jiran. Pendera akan bertindak sewenang-wenangnya kerana tiada sesiapa yang memantaunya. Ini menunjukkan bahawa masyarakat kita hanya mementingkan diri dan langsung mengabaikan tanggungjawab mereka untuk menolong antara satu sama lain.

Terdapat banyak cara-cara untuk menangani masalah keganasan dengan baik. Pertama dengan khidmat kaunseling. Khidmat kaunseling perlu dilakukan sebelum memasuki alam perkahwinan dan selepas perkahwinan agar mereka memahami tentang kewajipan dan dasar-dasar sesuatu perkahwinan. Ini penting kerana ini boleh menghalangkan sesebuah keluarga daripada berkecai akibat keganasan.

Cara kedua ialah melalui tindakan undang-undang. Masyarakat kita sudah jelak dengan kes-kes keganasan ini. Sebab itu, Kelulusan Akta Keganasan Rumahtangga 1994 telah ditubuhkan untuk melindungi mangsa keganasan rumah tangga . Menurut Akta ini, pesalah boleh didenda tidak melebihi empat ribu dan penjara tidak lebih setahun. Ini dapat mengelakkan si pendera daripada mendera mangsanya kerana dia akan berfikir dua kali untuk melakukannya.

Akhir sekali, peranan masyarakat dan media massa. Masyarakat setempat perlu mempunyai rasa tanggungjawab sosial untuk bersama-sama membantu mengatasi masalah ini. Ini dapat menganjak paradigma masyarakat yang bersikap individualistik. Media massa pula harualah berperanan secara proaktif sebagai sumber sebaran maklumat yang berwibawa dalam usaha untuk menyedarkan masyarakat tentang keganasan rumah tangga. Akhirnya, peranan pendidikan. Pendidikan yang berteraskan pengetahuan agama dan moral perlu dilaksanakan pada semua peringkat sekolah.

Kesimpulannya, "rumahtangga yang bahagia perlukan usaha dan ada masanya pertolongan". Kata-kata panduan dari program televisyen Kpak Bing! Bing! ini telah sengaja dipetik sebagai peringatan kepada ibu bapa dan keluarga yang sedang mengalami keadaan porak-peranda dalam keluarga mereka bahawa, sebuah rumahtangga yang bahagia haruslah ada sikap sabar dan janganlah berlagak seperti “ enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing”.

Nabilah Fikri Bte Sapari
Menengah 3 Emerald
Sekolah Menengah Dunearn

Remaja Tidak Harus Bekerja Sambil Bersekolah. Bincangkan.

Pada zaman pasca perindustrian ini, isu-isu yang berkaitan dengan remaja bekerja semasa bersekolah semakin hangat dibicarakan masyarakat seperti epidemik yang memusnahkan. Remaja boleh didefinisikan sebagai golongan yang berusia antara 13 sehingga 18 tahun dan sudah akil baligh. Persoalannya, haruskah para remaja bekerja semasa bersekolah? Apakah kesan-kesannya jika mereka berbuat berdemikian ?

Saya bersetuju dengan dakwaan tersebut tetapi tidak seratus peratus. Memang tidak boleh dinafikan bahawa para remaja tidak harus bekerja semasa bersekolah tetapi ia masih boleh diperdebatkan dengan alasan-alasan yang tuntas. Pendek kata, remaja dan pekerjaan bagaikan irama dan lagu yang tidak dapat dipisahkan. Alasan prima mengapa para remaja tidak harus bekerja sewaktu bersekolah ialah ia mengambil masa yang diperuntukkan kepada pelajaran dan waktu ulangkaji. Setiap manusia cuma mempunyai 24 jam pada setiap hari. Oleh itu, para remaja tidak mempunyai masa untuk mengulangkaji pelajaran mereka di rumah. Jikalau hal ini berlanjutan, para remaja akan gagal dalam peperiksaan kerana mereka tidak mempunyai cukup masa untuk mengulangkaji pelajaran mereka.

Alasan seterusnya ialah ia dapat menjejas kesihatan remaja. Selepas pulang daripada sekolah kira-kira jam tiga, mereka harus keluar semula untuk bekerja sehingga larut malam. Sudah terbukti bahawa setiap manusia memerlukan serkurang-kurangnya tujuh jam untuk tidur pada setiap hari. Oleh kerana remaja pulang kerja pada lewat malam, mereka tidak mempunyai cukup tidur dan tidak mampu untuk mengikuti pelajaran di sekolah pada keesokan harinya. Oleh kerana sibuk kerja, para remaja juga akan mengabaikan makan minum mereka. Selain daripada itu, tekanan juga akan menimpa mereka. Remaja mana yang tidak tertekan apabila belajar lapan jam di sekolah dan harus bekerja sehingga larut malam selepas bersekolah? Tekanan daripada sekolah dan kerja pastinya akan menjejas kesihatan mereka. Oleh itu bekerja semasa bersekolah dapat menimbulkan kesan negatif seperti menjejaskan kesihatan seorang remaja yang juga masih digelar seorang pelajar.

Alasan terakhir mengapa para remaja tidak harus bekerja semasa bersekolah ialah ia dapat menjejas tali silaturrahim keluarga mereka. Seperti yang kita bincangkan tadi, bekerja semasa bersekolah mengambil banyak masa seorang pelajar. Salah satu ialah masa keluarga. Keeratan hubungan keluarga akan longgar jika para remaja tidak mempunyai masa untuk bersama keluarga, kegiatan seperti makan bersama, keluar ke pantai bersama-sama dapat mengeratkan ikatan silaturrahim keluarga remaja tersebut. Walau bagaimanapun, masa tersebut telah digunakan untuk bekerja dan akhirnya membawa kesan yang buruk kepada keluarga mereka.

Namun, bekerja semasa bersekolah membawa kesan-kesan positif pada para remaja. Kesan prima ialah bekerja dapat menjauhkan mereka daripada jenayah seperi merompak. Mengapakah para remaja bekerja? Mereka bekerja kerana mereka memerlukan duit untuk membeli barang keperluan mereka seperti telefon bimbit yang terkini, PSP dan sebagainya. Oleh itu, apabila mendapat gaji, para remaja tidak perlu mencuri kerana mereka sudah mempunyai wang untuk membelinya. Selain itu, para remaja harus bekerja sewaktu bersekolah kerana mereka masih mentah dan harus menghadapi dunia yang luas pada umur yang muda supaya mereka sudah bersedia untuk menghadapinya pada masa yang akan datang. Mereka juga dapat pengalaman yang berguna dan boleh digunakan pada masa depan mereka.

Selain kesan-kesan itu, para remaja juga lebih bersyukur pada apa yang mereka punyai kini. Para remaja kini tidak bersyukur pada apa yang telah diberikan oleh ibu bapa mereka kerana mereka tidak tahu betapa susahnya ibu bapa mereka bekerja untuk mendapatkan rezeki yang halal untuk memberi makan kepada para remaja. Oleh itu, bekerja pada umur yang mudah dapat menyedarkan diri para remaja betapa dalamnya kasih sayang ibu bapa mereka terhadap mereka. Dari itu, para remaja harus memanjat kesyukuran kepada Allah s.w.t pada apa ia telah berikan kepada mereka. Dari itu, bekerja sewaktu bersekolah dapat membawa beberapa kesan-kesan positif seperti menjauhkan mereka daripada jenayah, mendapat pengalaman dan menyedarkan diri mereka.

Kesimpulannya,remaja tidak harus bekerja semasa bersekolah kerana ia akan membawa kesan-kesan yang buruk seperti menjejas kesihatan, menimbulkan tekanan,menjejas masa mengulangkaji pelajaran dan juga merenggangkan ikatan kekeluargaan. Namun bekerja semasa bersekolah ada kalanya digalakkan untuk meringankan beban keluarga yang mempunyai tahap sosio-ekonomi yang rendah.Yang penting remaja harus pandai membahagikan masa antara pelajaran dan pekerjaan supaya tidak tercetus keadaan di mana “yang dikejar tak dapat, yang digendong keciciran.”

Mirza Arrifin
Menengah 3 Emerald
Sekolah Menengah Dunearn

Perkahwinan Pada Usia Muda Tidak Harus Digalakkan. Bincangkan.

Perkahwinan dapat didefinisikan sebagai penyatuan dua insan yang berlainan jenis dalam suatu ikatan yang sah. Mereka bertanggung jawab dalam membina generasi seterusnya. Jika runtuh akhlak mereka, maka goyahlah akhlak generasi akan datang. Mutakhir ini, perkahwinan dalam usia muda telah banyak terjadi dan sering dipertikaikan. Pada usia remaja, mereka mengalami gejolak-gejolak seperti emosi. Ini disebabkan oleh hormon yang sedang aktif di tubuh mereka. Pada tahap inilah, remaja menjadi aktif, cerdas dan berani. Oleh kerana itu, sering kali mereka menimbulkan banyak masalah. Salah satunya ialah perkahwinan muda. Lantas, haruskah perkahwinan pada usia muda digalakkan? Apakah tindakan itu akan memberi dampak positif ataukah negatif ?

Saya bersetuju dengan pernyataan bahawa perkahwinan pada usia muda tidak harus digalakkan tetapi tidak seratus-peratus. Memang tidak dinafikan bahawa perkahwinan pada usia muda tidak harus digalakkan. Alasan pertama ialah perkahwinan di usai muda banyak mengakibatkan keganasan rumah tangga dan perpecahan keluarga seperti perceraian. Menurut kajian yang telah dijalankan, 63% hingga 75% pasangan yang terlibat dalam keganasan rumah tangga berkahwin pada usia yang muda.. Sebahagian besar daripada kes ini disebabkan oleh fikiran pasangan-pasangan muda yang kurang matang kerana mereka langsung tidak memikirkan dampak negatif bagi anak-anak mereka. Dengan erti kata lain, pasangan muda tidak berfikir panjang sebelum memutuskan untuk mendirikan mahligai bahagia. Oleh kerana itu, perkahwinan pada usia muda tidak harus digalakkan untuk mengurangi kes-kes institusi keluarga yang pincang.

Alasan seterusnya ialah perkahwinan pada usia muda dapat mengakibatkan hilangnya kesempatan bagi pasangan tersebut untuk bersekolah di peringkat yang lebih tinggi. Pada era penyegatan ini kedudukan dan wang adalah segala-galanya.Seseorang haruslah mempunyai kepintaran atau kelulusan yang tinggi untuk mendapatkan kedudukan dan wang tersebut. Apabila perkahwinan pada usia muda digalakkan maka semakin ramailah pasangan-pasangan muda yang berhenti sekolah untuk mencari wang. Selain itu, dengan mempunyai keluarga, pasangan-pasangan tersebut terpaksa memikul beban tanggungjawab dan mereka akan disibukkan oleh kewajiban-kewajiban mereka. Dan dengan ramainya penduduk yang tidak bersekolah tinggi, ini akan mempengaruhi ekonomi negara Singapura. Demi menjaga penakatan ekonomi Singapura dan mempunyai penduduk-penduduk yang berkualiti atau bersekolah tinggi, perkahwinan pada usia muda tidak harus digalakkan.

Alasan terakhir ialah semakin besarnya beban yang harus ditanggung oleh sebuah keluarga. Kemungkinan bagi pasangan-pasangan muda untuk mempunyai keturunan-keturunan ramai semakin tinggi. Dan ini menyebabkan krisis ekonomi dalam keluarga tersebut. Mereka terpaksa membanting tulang untuk membiayai keluarga mereka. Dengan meningkatnya harga barang-barangan dan ongkos persekolahan, masalah kewangan dalam sesebauh keluarga muda itu akan bertambah ruwet.

Selain itu, pasangan yang sibuk akan mempunyai sedikit waktu untuk dihabiskan bersama anggota keluarga. Ini mengakibatkan ketandusaan kasih sayang. Maka dari itu, untuk mengurangi kes-kes ekonomi dan ketandusan kasih sayang dalam sesebuah keluarga perkahwinan pada usia muda tidak harus digalakkan.

Namun, perkahwinan pada usia muda juga mendatangkan dampak positif seperti meringankan beban orang tua pasangan-pasangan itu. Ketika suatu pasangan menikah, mereka menjadi golongan yang mandiri, yang mampu mencari nafkah untuk keluarganya sendiri. Selain itu, mereka juga tidak perlu menghabiskan wang yang banyak untuk bersekolah tinggi. Ini akan membantu terjaminnya kehidupan ibu bapa mereka kerana wang tersebut akan disimpan untuk hari tua mereka, bak kata peribahasa ‘sedia paying sebelum hujan’.

Dengan perkahwinan muda, pasangan tersebut akan cenderung untuk menjadi lebih dewasa. Mereka akan belajar dan merasakan asam pahit kehidupan. Asam garam kehidupan yang mereka lalui itulah yang akan memotivasikan mereka untuk merubah sifat-sifat jelek mereka. Selain itu, mereka juga akan sedar akan jasa dan air keringat yang telah diteteskan oleh ibu bapa mereka. Maka dari itu, demi mengajar individu-individu untuk lebih dewasa, perkahwinan pada usia muda tidak harus digalakkan.

Berdasarkan perbincangan diatas, saya merumuskan bahawa perkahwinan pada usia muda tidah harus digalakkan. Walaupun perkahwinan pada usia mudia dapat meringankan beban orang tua dan mengajarkan seseorang menjadi lebih dewasa tetapi perkahwinan pada usia muda lebih banyak mengakibatkan dampak-dampak negatif. Bagi mengatasi masalah perkahwinan pada usia muda ini, pemerintah Singapura haruslah menguar-uarkan dampak-dampak negatif tersebut kepada rakyat muda Singapura. Sekiranya perkahwinan pada usia muda digalakkan, impian Singapura untuk melahirkan keluarga yang sakinah tidak akan dapat direalisasikan.

Nashita
Menengah 4 Sapphire
Sekolah Menengah Dunearn

Peningkatan Kadar Kemalangan Jalan Raya Berpunca Daripada Kecuaian Pemandu Kenderaan. Bincangkan.

Dalam era pensejagatan ini kadar kemalangan jalan raya semakin meningkat. Hal ini kerana dalam kehidupan yang serba pantas, kita terpaksa mengejarkan masa kerana masa adalah emas. Oleh itu, untuk mengejarkan masa kita perlu memandu dengan laju dan dengan hal ini tanpa disedari berlakunya kemalangan jalan raya. Contohnya, peristiwa kemalangan yang berlaku di Muar yang menimpa seorang rakyat Singapura baru-baru ini telah menimbulkan kesedaran kepada orang ramai terutamanya pemandu kenderaan tentang soal keselamatan. Persoalannya, adakah peningkatan kadar kemalangan jalan raya berpunca daripada kecuaian pemandu kereta?

Saya bersetuju dengan pernyataan tersebut tetapi tidak seratus peratus. Memang saya tidak menafikan bahawa peningkatan kadar kemalangan jalan raya berpunca daripada kecuaian pemandu kenderaan.Alasan pertama ialah kecuaian pemandu yang mahu mengejar masa dan hendak tiba di destinasi secepat mungkin. Dalam keghairahan untuk sampai di destinasi yang dituju, pemandu lazimnya tidak menggunakan isyarat sewaktu menukar laluan. Hal ini akan menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya. Walaupun masa itu penting, namun kita perlu memandu kenderaan dengan berhati-hati kerana kita telah mempertaruhkan nyawa orang lain dan ahli keluarga sendiri. Contohnya isu kemalangan yang berlaku di Muar mengakibatkan seluruh ahli keluarga terkorban kecuali bayi yang berumur 2 bulan. Oleh itu, setiap pemandu kenderaan diseru supaya berhati-hati di jalan raya bak pepatah, “biar lambat asal selamat”.

Alasan kedua, sikap pemandu yang tidak bertanggungjawab dan mengikut kehendak nafsunya. Pemandu yang memandu di bawah pengaruh alkohol ataupun minuman keras akan menimbulkan risiko kemalangan.Biasanya pemandu yang memandu kenderaannya dengan keadaan mabuk akan hilang daya pertimbangan dan menyebabkan kemalangan.

Alasan ketiga, sikap pemandu yang lalai atas perbuataannya. Hal ini demikian kerana pemandu tidak memberi sepenuh perhatian ketika memandu. Pemandu ada kalanya didapati menggunakan telefon bimbit semasa memandu kenderaannya. Apa gunakan fungsi “Bluetooth” atau “earpiece”? Walaupun ada panggilan yang diterima ketika memandu, pemandu tersebut tidak semestinya dilarang menjawabnya malah pemandu boleh menjawab panggilan tersebut dengan kegunaan fungsi telefon bimbit seperti “Bluetooth” dan “earpiece”. Oleh itu, pemandu kenderaan tersebut dapat menjawab panggilan tersebut dan juga memandu kenderaan pada masa yang sama dengan dua belah tangannya dan memberi sepenuh perhatian ketika memandu.

Namun, kemalangan jalan raya bukan disebabkan kecuaian pemandu kenderaan sahaja malah ada sebab-sebab lain. Sebab pertama ialah faktor persekitaran.Contohnya, permukaan jalan raya menjadi licin pada waktu hujan. Hal ini kerana permukaan jalan raya sering dibasahi air hujan.Pada Tambah waktu hujan permukaan jalan raya menjadi licin. Keadaan ini boleh menyebabkan kemalangan jalan raya. Setiap pemandu kenderaan harus berwaspada ketika memandu ketika waktu hujan.

Sebab kedua ialah keadaan jalan raya yang agak sempit dan sesak. Buktinya dalam masa menyambut Tahun Baru Cina sebanyak 90 kemalangan jalan raya dilaporkan berlaku atas sebab pemandu kenderaan ingin menuju ke satu destinasi yang berbeza tetapi menggunakan hala tujuan jalan raya yang sama. Oleh itu, setiap pemandu kenderaan diseru supaya memandu dengan teliti, terutamanya semasa musim perayaan kerana kenderaan di jalan raya semakin bertambah.

Sebab ketiga ialah lampu isyarat yang tidak berfungsi Hari demi hari, Apabila berlakunya kerosakan kepada lampu isyarat kemalangan mungkin berlaku di jalan raya. Lantaran itu ramai nyawa yang terkorban. Oleh itu, pihak perintah telah mengisytiharkan bahawa lampu isyarat harus diperbaiki dan ditukarkan dengan baru jika perlu dalam tempoh sebulan sekali, supaya dapat mengurangkan lampu isyarat yang rosak bagi mengelakkan kemalangan.

Daripada perbincangan di atas, jelaslah bahawa peningkatan kadar kemalangan jalan raya bukan sahaja berpunca daripada kecuaian pemandu kenderaan tetapi juga disebabkan oleh faktor persekitaran dan keadaan jalan raya yang sempit. Sebagai rakyat yang prihatin, kita perlu memandu kenderaan dengan penuh hati-hati supaya tiada lagi nyawa yang terkorban. Oleh itu, kita perlu berpegang kepada cogan kata “biar lambat asal selamat”. Dengan ini, kadar kemalangan jalan raya dapat dikurangkan secara drastik.

Muhammad Husni
Menengah 5 Ruby
Sekolah Menengah Dunearn

Hukuman Rotan Merupakan Cara Yang Berkesan Untuk Menangani Masalah Disiplin Dalam Kalangan Pelajar. Bincangkan.

Disiplin boleh didefinisikan sebagain kesanggupan seseorang individu untuk mematuhi undang - undang yang telah ditetapkan. Lembaga pendidikan merupakan tempat sekunder atau tahap kedua bagi para pelajar untuk memupuk nilai – nilai murni dalam diri pelajar. Muktahir ini , ramai pelajar yang melanggar dan memandang remeh tata tertib. “Pemudi harapan bangsa, pemuda tiang negara” Jikalau tingkat kedisiplinan remaja di Singapura rendah, dapatkah negara Singapura mengharungi gelombang milenium dan globalisasi dengan calon pemimpin mereka yang meremeh-temehkan undang-undang? Untuk menangani masalah ini Menteri Pendidikan Singapura berpendapat bahawa hukuman rotan merupakan cara yang paling berkesan. Tetapi pertikaian pendapat di antara ahli-ahli psikologi dan pendidikan masih sahaja membara. Jadi persoalannya, adakah hukuman rotan itu cara yang paling berkesan atau wujudkah pendekatam lain yang lebih baik?

Saya akur dengan pendapat tersebut tetapi hal ini masih boleh diperdebatkan. Memang saya tidak nafikan bahawa hukuman rotan merupakan salah satu cara yang berkesan. Alasan yang perdana ialah, hukuman merotan merupakan langkah pencegahan demi terjadinya pelanggaran undang – undang. “Mencegah lebih baik daripada rawatan.” sebelum akhlak remaja kita bertambah tenat, saya kira perlulah dilaksanakan kaedah-kaedah pragmatik seperti hukuman rotan. Seseorang pelajar yang dijatuhkan hukuman rotan akan dijadikan contoh kepada teman - temanya sehingga mereka tidak akan berani melakukan kesilapan yang serupa. Bukan hanya itu sahaja, pelajar yang dikenakan hukuman pun tidak akan melakukan kesalahan yang sama untuk kedua kalinya kerana ia berasa amat bersalah setelah menconteng arang di muka diri sendiri dan orang tua.

Seterusnya, hukuman rotan sebenarnya bukan bertujuan untuk menanamkan teror dan parut pada para pelajar, melainkan bertujuan untuk memupuk sifat tanggung jawab dalam diri pelajar. “Tangan mencencang bahu memikul. “ Jika pelajar berani melanggar undang - undang , mereka harus menanggung akibatnya dan bertanggung jawab menjalani hukuman rotan. Seorang penditaCina pernah berkata “ Sisihkan rotan, rosakkan anak” yang bererti, jika kita tidak menekankan disiplin kepada anak – anak dengan rotan, anak tersebut akan menjadi manja dan bersifat pemberontak . Dengan hukuman rotan, remaja Singapura boleh dipupuk dengan nilai tanggung jawab yang berprinsipkan “ Kamu menuai apa yang kamu tanam.”

Selain daripada itu, hukuman rotan tidak dipraktikkan secara sewenang-wenang. Tidaklah setiap pelanggaran yang dilakukan oleh murid- murid tersebut akan dikenakan hukuman rotan, tetapi hukuman ini ditujukan kepada para pelajar melakukan kesalahan-kesalan yang berat seperti vandalisma, mencuri, mencabul kehormatan dan sebagainya. Para pelajar ini sangat sulit untuk dianjak paradigmanya, meskipun telah beberapa kali diberikan kauseling masih tetap degil dan melanggar peraturan – peraturan sekolah. Jikalau cara halus tidak berhasil, mungkin kekerasan wajar diambil sebagai langkah muktamad akan berhasil.

Hukuman rotan merupakan salah satu cara yang berkesan, tetapi ia bukanlah cara yang mutlak untuk mengatasi masalah ini. Perdana Menteri Singapura, Encik Lee Hsien Loong, pernah berkata “ Bersikaplah terbuka kepada idea – idea baru dan pertanyakanlah anggapan-anggapan kuno.” Sebagai rakyat Singapura yang bertamadun, seharusnya kita memiliki minda yang terbuka. Banyak negara lain yang menganggap bahawa merotan merupakan cara barbarik yang sudah pupus ditelan arus zaman.

Namun, hukuman roran bukanlah satu-satunya cara untuk menangani masalah disiplin.Terdapat juga alternatif-alternatif lain yang hampir sama kesannya dengan hukuman rotan. Alternatif lain yang tersedia ialah acara kaunseling. “Sekeras-kerasnya kerak nasi, direndam air dingin akan lembut juga.” Dengan ceramah – ceramah yang diberikan pada setiap sesi kaunseling, pastinya orang yang degil pun akan teranjak paradigmanya. Pemerintah pun telah menggunakan pendekatan ini dengan cara menjadualkan murid yang telah menerima hukuman rotan untuk mengikuti sesi kaunseling. Malahan, pusat – pusat kaunseling tersebar di seluruh Singapura dan mudah ditemui.

Selain kaunseling, terdapat kaedah – kaedah lain seperti memasukkan murid yang bermasalah ke dalam pusat pemulihan akhlak untuk mengikuti program rehabilitasi. Di dalam pusat pemulihan akhlak, murid – murid yang dianggap bermasalah akan diberikan ceramah motivasi supaya mereka boleh mengetahui potensi mereka dan mencurahkan segenap perhatian mereka demi mengembangkan potensi dalam diri mereka. Akibat jangka pendeknya, mereka akan menghabiskan masanya untuk melakukan perbuatan- perbuatan yang bermanfaat dan pada jangka pangjangnya, mereka akan menjadi manusia yang berjaya dfan berguna.

Tetapi usaha yang dilakukan oleh sekolah sendiri tidak akan berkesan jika tidak didukung oleh pihak ibu bapa. Ibu bapa yang merupan khalifah yang diamanahkan oleh Allah seharusnya ikut prihatin akan permasalahan ini. Untuk mengatasi masalah ini, langkah tiga serampang antara institusi pendidikan, pemerintah dan orang tua harus dilaksanakan. Ibu bapa boleh memantau kegiatan sehari-hari anak-anaknya. Hal ini boleh meringankan beban yang ditanggung oleh guru-guru. Ibu bapa juga harus memastikan bahawa anak-anak mereka diberikan pendidikan mengenai kedisiplinan dan nilai-nilai murni bukan hanya di sekolah tetapi juga di rumah.

Natijahnya, merotan merupakan cara yang berkesan, tetapi ia bukanlah cara yang mutlak yang boleh dipergunakan dengan sewenang-wenangnya , tetapi dengan pemikiran yang rasional. Hukuman rotan memang telah ditelan arus kemodena dan kita, warga Singapura, seharunya ikut beradaptasi dan berubah. Seperti apa yang dikatakan oleh Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong,” Tetaplah terbuka kepada idea-idea baru dan pertanyakanlah anggapan – anggapan kuno, jangan terperangkap dalam masa lalu.” Hukuman rotan boleh dilaksanakan, tetapi hendaklah hanya kepada pelajar yang melakukan kesalahan yang berat. Alangkah baiknya jika sesi kaunseling juga diadakan setelah pelajar tersebut menjalani hukuman rotan. Sebagai bangsa yang beradab, kekerasan bukanlah jalan penyelesaian. Jika pemuda-pemudi memegang teguh dan mentaati undang – undang ,nescaya negara Singapura akan dapat mengharungi arus gelombang pada masa depan. Semoga nama baik Singapura akan terus harum dan terkenal di persada dunia. Insya Allah.

Hadi Wiputra
Menengah 4 Opal
Sekolah Menengah Dunearn

Hukuman Rotan Lebih Banyak Mendatangkan Kebaikan Daripada Keburukan. Bincangkan.

Menurut laporan jawatankuasa kabinet yang mengkaji perlaksanaan dasar pelajaran, hukuman rotan boleh didefinisikan sebagai perihal menghukum dengan menggunakan sebuah rotan bagi kesalahan serius. Mutakhir ini masalah juvenil dan kenakalan remaja semakin bermaharajalela. Kemelut ini sering dipaparkan di dada-dada akhbar ibarat barah yang menular di dalam badan. Hal ini tentu membimbangkan para ibu bapa yang prihatin akan perkembangan moral dan mental anak-anak mereka. Oleh itu, untuk mengatasi masalah disiplin di sekolah-sekolah, lampu hijau telah diberikan kepada pihak sekolah untuk melaksanakan hukuma rotan ke atas murid-murid yang telah melakukan kesalahan berat. Persoalannya, hukuman rotankan mendatangkan lebih banyak keburukan?

Saya akur dengan pernyataan di atas tetapi tidak sepenuh-penuhnya. Memang tidak dinafikan bahawa hukuman rotan mendatangkan kebaikan. Alasan pertama ialah hukuman rotan merupakan cara yang efektif untuk menanamkan sikap disiplin di dalam diri murid-murid, lebih-lebih lagi terhadap murid yang degil dan melakukan kesalahan berulang-ulang kali dan juga mereka yang melakukan kesalahan serius seperti membuli, menghisap rokok, mencuri dan sebagainya. Oleh itu, dengan mengenakan hukuman rotan, murid-murid ini akan dipupuk dengan sikap disiplin di dalam diri mereka dan mereka tidak akan melakukan perbuatan yang melanggar peraturan sekolah.

Alasan yang kedua adalah hukuman rotan adalah langkah pencegahan 'deterrent' yang efektif untuk murid-murid lain. Hal ini kerana apabila murid itu dirotan sambil disaksikan oleh murid-murid yang lain, mereka yang melihat juga akan juga merenung dan melakukan muhasabah diri. Oleh itu, dengan adanya keinsafan dalam diri murid-murid, mereka tidak akan melanggar peraturan sekolah dan ini dapat mengurangkan kes disiplin di sekolah bak kata pepatah' pencegahan itu lebih baik dari rawatan'.

Akhir sekali, hukuman rotan dijalankan dengan bertujuan untuk memberikan pengajaran kepada murid-murid yang degil. Saya berkata demikian kerana dengan mengadakan hukuman rotan, murid-murid akan berfikir dahulu sebelum melakukan sebarang kesalahan disiplin kerana risiko yang akan mereka tanggung amat berat. Selain dari kesakitan, mereka juga akan mendapat aib di depan khalayak sekolah dan menconteng arang di muka ibu bapa mereka. Ringkasnya, hukuman rotan juga akan mengajar murid-murid supaya lebih berdisiplin dan bertindak dengan fikiran yang rasional supaya tindakan mereka itu tidak akan merugikan diri mereka sendiri.

Walaubagaimanapun, hukuman rotan juga mendatangkan kuburukan. Keburukan pertama adalah, ia akan menyebabkan murid-murid yang disebat atau dirotan berasa trauma dan fobia. Hal ini kerana, sebelum mereka dirotan, mereka akan berasa takut. Oleh yang demikian, keseimbangan emosi mereka akan tergugat dan mereka akan mengalami gangguan emosi yang dahsyat apabila mereka disebat. Mereka juga mungkin akan kehilangan keyakinan diri dan berasa malu dan segan untuk berinteraksi dengan rakan-rakan mereka selepas mereka disebat di khalayak ramai. Bak kata pepatah' mencontengkan arang di muka sendiri'.

Yang kedua, hukuman rotan boleh dianggap hukuman yang tidak berperikemanusiaan. Hal ini kerana hukuman rotan akan menyebabkan kecederaan fizikal kepada murid yang dirotan. Kecederaan yang dialami mereka adalah luka pada bahagian yang dirotan malah mungkin juga pada tulang belakang jikalau hukuman itu tidak dijalankan dengan sempurna dan berhati-hati. Bukan itu sahaja, malah murid-murid yang disebat akan dipinggirkan atau dipulaukan oleh rakan-rakan mereka kerana takut jikalau diapa-apakan.

Terakhir sekali, ia mendatangkan keburukan kerana hukuman rotan adalah hukuman yang mengaibkan pelajar tersebut dan tiada siapa yang ingin berkawan dengan mereka. kaibatnya mereka akan berhenti dan tercicir dari sekolah. Dengan ramainya kadar murid-murid yang berhenti sekolah, maka meningkatlah kadar keciciran pelajar di sekolah. Ini menyebabkan masalah kedua-dua pihak iaitu pihak sekolah dan murid tersebut. Akhirnya, dalam keghairahan sekolah memupuk disiplin dalam kalangan pelajar, kadar keciciran meningkat dengan drastik. Inikah yang diinginkan oleh pihak sekolah?

Berdasarkan perbincangan di atas jelaslah bahawa hukuman rotan mendatangkan kebaikan dan juga keburukan. Hukuman rotan wajar dilaksanakan sekiranya ia melibatkan kesalahan-kesalahan yang serius dan menuntut tindakan tegas daripada pihak sekolah. Namun begitu ia tidak harus dilakukan dengan sewenang-wenangnya.Tujuan hukuman rotan adalah untuk memupuk disiplin bukan untuk mengaibkan pelajar apatah lagi sehingga menyebabkan keciciran pelajar. Hukuman rotan merupakan alternatif yang terakhir sekiranya semua usaha lain seperti kaunseling dan mendapatlan kerjasama ibu bapa menemui kegagalan.Sekiranya semua pihak bekerjasama insya Allah masalah yang telah lama menjadi duri dalam daging ini akan dapat diselesaikan dengan saksama dan impian sekolah untuk melahirkan 'Sekolah Berdaya Fikir dan Negara Pencinta Ilmu akan dapat direalisasikan.

Luqman Baihaqim
Menengah 5 Ruby
Sekolah Menengah Dunearn

Guru Lebih Penting daripada Ibu bapa dalam Mencorakkan Akhlak Remaja. Bincangkan.

Secara fitrahnya, mengawasi dan membina akhlak seseorang remaja merupakan tanggung jawab ibu bapa sebagai khalifah keluarga. Sayang sekali, muktahir ini kes-kes vandalisma, penggunaan kata–kata kesat oleh remaja dan gejala – gejala sosial dalam kalangan remaja telah menjadi santapan telinga dan buah biacasa masyarakat. Hal ini jelas mengambarkan bahawa akhlak remaja di Singapura semakin merosot akibat proses pembagunan yang pesat Kita sedia maklum bahawa remaja merupakan golongan pelapis yang kelak akan menjadi pemimpin bangsa. Bagaimanakah nasib bangsa kita jika akhlak remaja semakin merosot? Untuk menyelesaikan permasalahan ini, kita perlu meneliti persoalan siapakah yang berperanan lebih besar dalam mencorakan akhlak remaja? Apakah ibubapa atau guru? Sebelum simpul saya leraikan, izinkan saya membuat perjelaskan definisi akhlak. Ahklak boleh didefinisikan sebagai ketinggian budi pekerti seseorang.

Saya sepakat dengan pernyataan tersebut, tetapi ia masih boleh dipertikaikan. Memang tidak dapat disangkal bahwa guru memainkan peranan penting dalam mencorakkan akhlak remaja. Hal ini kerana seorang guru bukan hanya bertanggung jawab akan keputusan akademik seorang remaja, tetapi ia juga berperanan dalam pertumbuhan akhlak seorang remaja itu. Semasa murid berada di sekolah, guru harus bertanggung jawab akan hal ekhwal yang terjadi di sekolah. Hal ini juga termasuk peristiwa yang bai ataupun buruk yang dapat mengubah akhlak seorang remaja tersebut.

Muktahir ini, ramai orang tua yang terlalu naif dalam mengejar harta dunia yang melalaikan sehingga tangugn jawab mereka untuk mendidik anak – anaknya terbengkalai. Akibatnya ramai remaja -remaja yang menghabiskan lebuh banyak masa di sekolah. Oleh kerana itu guru memiliki lebih banyak masa untuk berinteraksi dengan remaja tersebut. Memandangkan bahawa dalam kes ini, remaja menghabiskan lebih banyak masa dengan guru dibandingkan dengan ibubapa, tentu sahaja apa yang diperbincangkan bersama dengan gurunya dapat mencorakkan akhlak remaja tersebut baik secara positif ataupun negatif.

Tambahan lagi, ramai murid – murid yang lebih mematuhi guru daripada orang tua mereka sendiri, kerana mereka terlalu dimanja oleh orang tua mereka. Ramai orangtua yang terlalu memanjakan anak – anak mereka, akibatnya remaja- remaja tersebut menjadi pemberontak ketika orang tua mereka menyuruh mereka melakukan sesuatu. Melaikan, guru tidak akan segan untuk memberikan nasihat atau menghukum murid – murid mereka sehinga murid – murid tersebut akan lebih patuh terhadap guru. Bukankah ini menunjukkan bahawa guru lebih berperanan penting dalam pembentukan akhlak remaja?

Tetapi, isu ini bukanlah isu yang remeh temeh, guru bukanlah seseorang yang mutlak perananya dalam pembentukan akhlak remaja. Ibubapa pun memiliki peranan penting dalam pembentukkan akhlak remaja. “Jika hendak melentur buluh, hendaklah dari rebungnya.” Sudahlah jelas dari peribahasa ini bahwa jika ingin membentuk akhlak seseorang mulailah dari kecil lagi. Orang tua memiliki peluang yang lebih besar untuk membentuk akhlak seseorang remaja. Saat remaja sudah akil balih, mereka akan memberontak dan tidak mahu mendengar nasihat dari guru maupun ibubapa. Memandangkan bahawa guru biasanya mulai mengajarkan nilai- nilai murni pada saat berumur 13 tahun, tentu sahaja ibu bapa lebih berperanan.

Secara fitrahnya, remaja merupakan darah daging dari ibubapa itu sendiri. Sebuah ikatan batin akan tercipta di antara orang tua dan anak – anak mereka sesaat anak – anak mereka baru lahir. Oleh kerana itu, mereka lebih mempercayai dan mencintai satu dengan yang lain secara tulus, sedangkan guru hanyalah orang yang tidak terkait dengan ikatan batin tersebut. Tentu sahaja nasihat ibu bapa akan dapat lebih mudah menyentuh hati remaja tersebut.

Akibat kepesatan perkembangan teknologi dan komunikasi, informasi- informasi dari berbagai pelosok dunia mudah didapatkan, baik ataupun buruk. Orang tua memiliki kekuasaan untuk membatasi pendedahan remaja tersebut dari program- program yang berkiblatkan budaya-budaya kuning di internet maupun di televisyen. Tetapi guru tidak memiliki hak yang sedemikian. Jika remaja tersebut dijauhkan dari pendedahan budaya – budaya hedonistik, budaya kuning, budaya barat, dan sebagainya tentu sahaja akhlak remaja tersebut akan terbina dengan baik.

Pada kesimpulanya, guru berperanan penting dalam pembentukan akhlak remaja, tetapi, guru bukanlah seseorang yang berperan mutlak dalam pembentukan akhlak seorang remaja tersebut. Dibutuhkan kerjasama dari pelbagai pihak seperti orang tua dan rakan sebaya untuk dapat membentuk akhlak remaja tersebut ke arah yang benar. Isu yang kontroversial ini haruslah dicabut ke akar umbinya. Orang tua juga seharusnya berhenti mengejar – ngejar kekayaan yang hanya merupakan fatamorgana yang tidak mungkin tercapai;.Reungkanlah ibubapa yang ada di sana, yang mana yang lebih penting, apakah darah daging sendiri atau harta kekayaan yang fana? Jika akhlak remaja di Singapura tinggi, maka saya yakin akan kecerahan masa depan negara Singapura.

William Heryanto Lim
Menengah 4 Emerald
Sekolah Menengah Dunearn

Kebahagiaan keluarga berpunca daripada keberkesanan pendidikan ibu bapa. Setujukah kamu dengan pernyataan ini ?

Salah seorang ahli cendikiawan Islam yang bernama Al-Tarmizi pernah berkata "Tiada satu anugerah yang paling mulia yang diberikan oleh seorang ayah kepada anaknya selain tunjuk ajar dan budi pekerti yang baik." Kata-kata Al-Tarmizi memang ada kebenarannya kerana jika ibu bapa memanifestasikan budi pekerti dan tata susila yang baik kepada anak-anak, nescaya sesebuah keluarga itu akan bahagia kerana mereka saling hormat menghormati dan saling sayang menyayangi antara satu sama lain. Persoalannya adakah kebahagiaan keluarga berpunca daripada keberkesanan pendidikan ibu bapa ?

Saya bersetuju sepenuh-penuhnya dengan mauduk di atas atas alasan bahawa nilai-nilai kasih sayang yang dipupuk oleh ibu bapa ke dalam diri anak-anak akan mewujudkan kebahagiaan dalam keluarga. Secara fitrah manusia saling memerlukan antara satu sama lain. Kesibukan para ibu bapa mencari wang akan merenggangkan hubungan antara ibu bapa dan anak-anak. Pada hemat saya, generasi muda pada zaman sekarang menjadi liar dan tidak tentu arah kerana mereka dahagakan kasih sayang daripada ibu bapa mereka. Justeru, mereka suka memberontak dan ini akan menyebabkan sesebuah keluarga itu menjadi porak peranda dan jika tabiat buruk anak itu dibawa ke luar rumah, masyarakat akan memandang serong kepada mereka dan ini akan menjejas fabrik sosial masyarakat kita.

Alasan kedua ialah, cara ibu bapa mengasuh anak-anak mereka. Pepatah Melayu ada mengatakan "Bagaimana acuan begitulah kuihnya." Peribahasa ini bermaksud jika ibu bapa berperangai baik, anaknya juga akan mengikut perangai kedua orang tuanya. Saya menyangkal pepatah Melayu itu kerana perangai manusia sentiasa berubah. Pada hemat saya, jika ibu bapa berperangai jahat, tidak semestinya anak-anaknya pun akan menjadi jahat. Saya percaya bahawa semua manusia mempunyai kelebihan masing-masing. Apa yang saya maksudkan ialah, jika sepasang suami dan isteri itu berperangai jahat dan tiba masanya mereka dikurniakan seorang zuriat, mungkin ini akan melembutkan hati mereka. Ini akan merubah pandangan dunia masyarakat kita. Kalau hendak mengasuh anak, biarlah dari kecil bak kata pepatah " meluntur buluh biarlah dari rebungnya." Hasilnya, anak itu akan menjaga tatasusila dan taat kepada kedua orang tuanya.

Alasan ketiga ialah, ibu bapa harus memberikan pendidikan agama yang secukupnya kepada anak-anak. Mengikut satu tinjauan Majlis Ugama Islam Singapura, ramai anak Melayu Islam kita tidak dihantar ke madrasah ataupun diberikan pendidikan agama. Masyarakat kita masih memandang remeh terhadap hal ini. Tahukah mereka bahawa pendidikan agama merupakan satu mekanisme yang dapat menangkis segala anasir-anasir yang kurang sihat supaya mereka tidak terjebak ke dalam kancah kejahatan. Apakah implikasinya? Implikasinya ialah kadar anak luar nikah semakin meningkat, ramai anak Melayu kita terjebak ke dalam gejala samseng, memasang tatu dan bermacam-macam lagi. Mereka bertunjangkan kepada kebudayaan hedonistik dan mereka seolah-olah berada di dalam buana imaginasi mereka dan yang menanggung malu adalah ibu bapa mereka. Bak kata pepatah " menconteng arang ke muka." Justeru, pendidikan agama adalah amat penting sekali dalam menjamin kebahagiaan sesebuah keluarga.

Alasan keempat ialah, anak-anak dididik agar saling hormat menghormati antara satu sama lain. Cara ibu bapa pada zaman dahulu mengasuh anak-anak berbeza daripada zaman sekarang. Jika kanak-kanak pada zaman dahulu meninggikan suara terhadap kedua ibu bapa mereka, mereka akan dihukum secukupnya. Anak-anak generasi sekarang mempunyai perangai yang berbeza. Mereka berani memberontak dan meninggikan suara terhadap kedua ibu bapa mereka. Saya berpendapat bahawa untuk menyelesaikan masalah ini, kita karus saling hormat menghormati antara satu sama lain. Kita tidak boleh lagi menggunakan kekerasan terhadap anak-anak kita tetapi, kita harus menggunakan cara psikologi. Jika ibu bapa berjaya menerapkan budaya saling hormat menghormati antara satu sama lain, nescaya perbalahan antara ibu bapa dan anak-anak tidak akan tercetus.

Alasan terakhir sekali ialah, ibu bapa sering menyuntik semangat dan memberi perangsang kepada anak-anak. Seorang pujangga yang bernama Davey John Schwartz pernah berkata " yang paling harus seorang manusia ada ialah adanya orang memberikan semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan." Kita boleh mengambil iktibar daripada kata-kata itu bahawa ibu bapa harus memberikan semangat yang sepenuh-penuhnya kepada anak mereka, tidak kira dalam bidang akademik, sukan dan lain-lain lagi. Seseorang anak itu akan berasa dihargai kerana dia tahu bahawa ada orang yang sentiasa memberikan semangat yang tidak putus-putus dan dorongan terhadapnya. Ini akan membuat seseorang anak itu dahagakan kejayaan kerana ibu bapanya sering memberikan sokongan dan dorongan supaya anak mereka berada di landasan yang betul dan tidak mengejar fatamorgana yang kosong semata-mata.

Rumusannya, sudah terang lagi nyata bahawa kebahagiaan sesebuah keluarga terletak kepada keberkesanan pendidikan yang diberikan ibu bapa kepada anak-anak. Alasan-alasan yang saya bentangkan seperti ibu bapa memberikan semangat kepada anak mereka, ibu bapa dan anak-anak haruslah hormat menghormati antara satu sama lain, dan ibu bapa haruslah meluangkan masa bersama anak-anak adalah alasan-alasan yang menjamin kebahagiaan sesebuah keluarga. Ibu bapa adalah seperti arkitek yang mencorak perwatakan seseorang anak. Ingin saya tegaskan di sini bahawa ibu bapa tidak boleh menggunakan wang untuk mencorak perwatakan anak dan ini akan membuat anak-anak menjadi naif kepada kebendaan. Kasih sayang yang tulus dan ikhlas yang datang dari lubuk hati para ibu bapa akan membuat seseorang anak itu menjadi seseorang yang berdisiplin dan berpegang teguh kepada prinsipnya.

Adib Ahmas Salimin
Menengah 5 Pearl
Sekolah Menengah Dunearn

Persatuan Budaya Melayu Sekolah Menengah Dunearn

2008 merupakan tahun bersejarah bagi Perbayu Dunearn. Bilangan ahli kami telah meningkat dari 40 orang ahli kepada 50 ahli yang terdiri dari pelajar-pelajar menengah satu hingga menengah lima. Antara kegiatan mingguan yang kami anjurkan termasuklah tarian, dikir barat, kompang, deklamasi puisi dan bahas.
Ahli jawatankuasa telah dilantik pada awal bulan Januari dan latihan mingguan telah dijalankan pada setiap petang Selasa dan Jumaat. Ahli persatuan diberi latihan asas dalam bidang tarian, dikir barat, kompang, drama, bahas dan puisi. Sambutan ahli-ahli begitu menggalakkan dan ahli-ahli telah memberikan sokongan padu dan menunjukkan keghairahan semasa sesi latihan dan juga semasa persembahan pentas.
Acara kemuncak pada tahun ini ialah Konsert Gong Xi Raya anjuran Jabatan Bahasa Ibunda di mana kami telah mempersembahkan acara tarian dan dikir barat. Kami juga turut menyertai Pertandingan Puisi Artistik anjuran Sekolah-Sekolah Kelompok Barat 2 yang ternyata mendapat sambutan hangat dari sekolah-sekolah. Sekali lagi pasukan sekolah kami muncul sebagai Naib-Juara selama 2 tahun bertutut-turut dan dijemput membuat persembahan Puisi Artistik “Bayangan Di Cermin ” di Esplanade bagi memeriahkan pembukaan Pesta Raya – Festival Kesenian Melayu 2008.
Bagi menajamkan lagi kemahiran ahli-ahli persatuan, kami telah mengambil bahagian dalam beberapa pertandingan seperti Pertandingan Bahas Piala Berita Harian, Walaupun pasukan kami gagal melayakkan diri ke peringkat suku akhir berdasarkan kiraan mata namun salah seorang pembahas bahas sekolah kami, Hadi Wiputra telah berjaya mengharumkan nama sekolah dengan merangkul Pemidato Terbaik. Selain itu juga kami juga tidak ketinggalan menyertai Pertandingan Mengarang Pena Emasku anjuran EDN Media. Dalam pertandingan tersebut sekolah kami telah berjaya menyandang gelaran Johan Keseluruhan dengan memenangi 15 Emas dan 13 Perak. Dalam pertandingan mengarang anjuran SPH pula sekolah kami telah berjaya meraih tempat pertama melalui Adib Ahmas dan Luqman Baihaqim.Kami juga merangkul hadiah Naib Juara dalam Pertandingan Puisi Artistik 2008 anjuran Sekolah-Sekolah kelompok Barat 2
Kami juga bergiat aktif dalam kegiatan anjuran sekolah seperti Muzikal Sounds of Music, Konsert Hari Guru dan Konsert Hari Kebangsaan.Sebagai sebahagian dari program pengayaan, ahli-ahli persatuan kami telah mengambil bahagian dalam ceramah peperiksaan. Ceramah ini diadakan pada bulan March untuk membimbing pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan bahasa Melayu peringkat ‘O’ pada hujung bulan Mei. Ceramah ini telah disampaikan oleh penceramah undangan yang merupakan ketua subjek dan ketua jabatan dari Sekolah Menengah Yusof Ishak, Sekolah Menengah Commonwealth, Sekolah Menengah Dunearn dan Sekolah Menengah Bukit Batok. Selain dari itu ahli-ahli kami juga berpeluang menghadiri Bengkel Kewartawanan anjuran Perbayu NUS dan menyaksikan Muzikal Setangkai Kembang Melati – anjuran Sekolah Menengah Teck Whye bagi tujuan apresiasi tarian dan drama.
Di samping itu, kami juga turut melakukan kerja-kerja kebajikan dan mengambil bahagian dalam Hari Bendera AMP. Kesimpulannya, sepanjang tahun 2008, persatuan kami telah menganjurkan banyak kegiatan-kegiatan yang bermanfaat dan bermakna bagi ahli-ahli persatuan dan kami berharap tahun 2008 akan membawa kejayaan yang lebih besar kepada persatuan budaya Melayu.

Tuesday, November 11, 2008

DINAMIKA ILMIAH


DINAMIKA ILMIAH



Dalam sistem pendidikan kita sekarang ini, peperiksaan merupakan suatu beban kepada pelajar-pelajar. Bincangkan.

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, peperiksaan membawa maksud ujian untuk menentukan kebolehan dan kepandaian seseorang. Perkataan beban pula ditakrifkan sebagai tanggungan yang berat. Dalam sistem pendidikan Singapura yang berorientasikan peperiksaan, peperiksaan bukanlah sesuatu yang baru. Peperiksaan telah pun wujud sejak zaman jahiliyah lagi dan merupakan kayu ukuran dalam menentukan kedudukan seseorang. Kini, semua institusi pendidikan termasuklah sekolah rendah, sekolah menengah, maktab rendah, madrasah dan juga universiti telah mewajibkan peperiksaan bagi menentukan kelayakan ke peringkat seterusnya. Peperiksaan merupakan kriteria bagi menentukan pencapaian dan kebolehan seseorang dalam jurusan yang diceburi. Pendekata sekolah dan peperiksaan ibarat irama dan lagu yang tidak dapat dipisahkan. Namun, ada yang berpendapat bahawa peperiksaan merupakan satu beban dan harus dimansuhkan. Sejauh manakah kebenaran dakwaan tersebut. Ataupun ia hanyalah satu andaian semata-mata.


Saya bersetuju dengan dakwaan tersebut tetapi tidak seratus-peratus. Memang tidak dinafikan bahawa peperiksaan merupakan satu beban bagi seseorang pelajar namun pernyataan itu masih boleh diperdebatkan dengan alasan-alasan yang tuntas. Alasan yang pertama ialah peperiksaan menyebabkan tekanan. Pelajar mana yang tidak tertekan jika disuruh mengulangkaji tujuh subjek sekaligus dalam masa yang singkat. Pelajar juga dikehendaki melibatkan diri dalam kegiatan luar darjah selepas waktu sekolah serta menghadiri kelas-kelas tambahan yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Harapan ibu bapa yang menggunung tinggi memburukkan lagi keadaan. Ibu bapa sering mengharapkan anak-anak mereka lulus peperiksaan dengan kelulusan yang cemerlang tanpa memberi sokongan moral dan kewangan. Apabila ini berlaku, para pelajar akan berasa tertekan lalu tercicir dari arus persekolahan.


Peperiksaan juga turut menjejaskan kesihatan. Sudah terbukti bahawa seseorang manusia harus tidur sekurang-kurangnya 7 jam sehari. Malangnya ramai remaja tidak mengamalkannya dan sering jatuh sakit akibat kurang rehat yang secukupnya. Remaja hari ini banyak menghabiskan masa mengulangkaji pelajaran hinggakan mereka mengabaikan makan dan minum. Ada yang belajar sampai 2 pagi kerana tidak mahu gagal dalam peperiksaan. Akibat kekurangan tidur kesihatan para pelajar akan terjejas.


Di samping itu, peperiksaan juga menyebabkan kemurungan sehingga ada yang mengambil jalan singkat dengan membunuh diri. Tidak hairanlah sekiranya kadar bunuh diri dalam kalangan pelajar sekolah melonjak naik sejak akhir-akhir ini. Peperiksaan amat membebankan sehingga pelajar tergamak mengorbankan nyawa sendiri. Hal ini akan menjejaskan nama baik sekolah-sekolah yang terbabit. Justeru, guru-guru harus memberi dorongan, bimbingan dan sokongan moral supaya pelajar dapat meneruskan perjuangan di medan pelajaran.


Selanjutnya peperiksaan juga menyebabkan kadar keciciran yang tinggi. Lazimnya pelajar yang tercicir ialah pelajar yang lemah dan sering gagal dalam peperiksaan. Kegagalan dalam peperiksaan menyebabkan seseorang remaja hilang minat dalam pelajaran. Apabila menghadapi kegagalan, pelajar tersebut membuat keputusan terburu-buru untuk berhenti sekolah. Menurut Charles Dickens “orang yang berjaya bukanlah orang yang memendamkan semangatnya kerana takut gagal, bukan juga orang yang tidak pernah gagal, tetapi ialah orang yang tetap maju ke depan sungguhpun menempuh kegagalan.” Maksudnya orang yang berjaya adalah orang yang tidak takut kepada kegagalan kerana ia adalah asam garam kehidupan. Berhenti sekolah merupakan suatu perbuatan yang bodoh dan merugikan.


Namun peperiksaan juga mendatangkan kesan positif. Peperiksaan merupakan kayu ukuran bagi menentukan kecerdasan minda seseorang. Peperiksaan dapat menunjukkan siapa yang bakal menjadi pemimpin negara pada masa hadapan. Pelajar yang cemerlang akan berpeluang mengembangkan bakat dan potensi mereka dengan memasuki institusi pengajian tinggi yang terbaik manakala pelajar yang lemah akan mengetahui tahap pencapaian mereka dan memperbaiki kelemahan mereka. Ini akan mendorong pelajar yang lemah untuk terus berusaha dan memperbaiki prestasi mereka agar mampu bersaing pada hari muka. Pelajar juga akan tahu sejauh mana tahap pencapaiannya. Dengan pengetahuan ini, para pelajar akan berusaha untuk memperbaiki prestasi masing-masing. Hal ini akan menimbulkan persaingan yang sihat dalam kalangan pelajar dalam bidang pelajaran.


Para pelajar juga tidak akan bersikap sambil lewa dengan ketiadaan peperiksaan. Sistem pendidikan yang tidak mempunyai peperiksaan akan membawa padah kepada negara. Hal ini kerana para pelajar tidak akan mempedulikan pelajaran mereka. Pelajar juga tidak akan mengulangkaji pelajaran mereka dan menimba seberapa banyak ilmu pengetahuan yang ada kerana mereka tidak diuji. Oleh itu, peperiksaan harus diadakan supaya para pelajar akan lebih serius terhadap pelajaran mereka. Pelajar juga harus didedahkan kepada sedikit tekanan. Sedikit tekanan tidak akan mendatangkan kemudaratan.


Para pelajar juga dapat mengenalpasti kesilapannya. Kemungkinan keputusan peperiksaan pertengahan tahun pelajar tersebut kurang memuaskan. Pelajar itu boleh mengambil iktibar daripada peperiksaan tersebut dengan mengulangkaji apa yang patut serta mempersiapkan diri untuk peperiksaan akhir tahun pula. Bak kata pepatah, rahsia utama menuju kebahagiaan ialah percaya kepada diri sendiri. Oleh sebab itu pelajar tidak harus ragu-ragu tentang kebolehan diri sendiri dan harus yakin dia mampu melakukannya.


Berdasarkan perbincangan di atas, saya dapat merumuskan bahawa peperiksaan memang merupakan satu beban kepada para pelajar tetapi ia juga mendatangkan kesan-kesan yang positif. Tekanan merupakan asam garam persekolahan dan tidak dapat dielakkan. Semua para pelajar akan menghadapi sedikit tekanan dalam mengharungi alam persekolahan. Namun, bak kata pepatah “kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.” Hakikatnya, peperiksaan mendorong para pelajar untuk berusaha gigih ke arah kejayaan. Sekiranya semua pelajar bersikap demikian, insyallah impian Singapura untuk melahirkan rakyat yang arif budiman akan menjadi kenyataan.

Nuramira Bte Roslan
Menengah 5N2
Sekolah Menengah Dunearn

Cara-Cara Menyemai Minat Membaca Dalam Kalangan Pelajar

Dalam era ledakan informasi ini, masyarakat Singapura seharusnya memperlengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan melalui pembacaan yang luas untuk mengharungi cabaran pensejagatan. Dalam dunia kompetitif ini, para pelajar harus berusaha untuk meningkatkan diri mereka dari segi ilmu pengetahuan bagi meraih kejayaan. Tabiat membaca dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah dikatakan semakin lama semakin merosot. Pada hemat saya, tabiat membaca wajib disemai sejak kecil lagi. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang dapat memupuk minat membaca dalam dalam kalangan pelajar masa kini. Mampukah seseorang itu berjaya tanpa mempunyai tabiat membaca.

Kecanggihan media elektronik terutamanya televisyen adalah antara penyebab utama mengapa pelajar-pelajar tidak gemar membaca. Pelajar-pelajar lebih suka menonton televisyen pada masa lapang mereka berbanding dengan membaca buku. Tabiat membaca hanya tertumpu kepada buku-buku teks sekolah yang akan menjamin kecemerlangan dalam peperiksaan. Para pelajar pada umumnya tidak mempunyai masa untuk membaca buku-buku di perpustakaan atau pun di toko-toko buku.

Pemerintah memainkan peranan penting dalam memupuk minat membaca. Pemerintah boleh mengadakan Kempen Membaca. Cara ini boleh menyedarkan para pelajar tentang kepentingan membaca. Pemerintah juga boleh mengurangkan cukai penjualan buku di toko-toko buku supaya pelajar akan lebih berminat untuk membaca daripada menonton televisyen. Pemerintah juga boleh berganding bahu dengan pihak media massa untuk mempromosikan kempen membaca serta memupuk kesedaran tentang kepentingan membaca.

Di samping itu, pihak sekolah juga boleh menganjurkan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan membaca. Pihak sekolah boleh mengadakan Minggu Membaca untuk menggalakkan para pelajar untuk membaca. Sepanjang Minggu Membaca ini, aktiviti-aktiviti seperti pertandingan membaca yang bertujuan untuk menyuburkan minat membaca dalam kalangan pelajar. Pihak sekolah juga harus mengadakan ceramah kesedaran membaca di sekolah untuk memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar. Oleh kerana pelajar-pelajar miskin tidak mampu untuk mengamalkan tabiat membaca, pihak sekolah seharusnya mengadakan sebuah perpustakaan ataupun pusat sumber yang lengkap supaya ia dapat memberi faedah kepada semua pelajar.

Ibubapa juga boleh memainkan peranan di dalam situasi begini. Ibubapa seharusnya mengamalkan tabiat membaca supaya anak-anak mereka akan mengikut jejak langkah mereka. Ibu bapa juga boleh menyediakan perpustakaan mini agar anak-anak terdorong untuk mengamalkan tabiat membaca pada masa lapang mereka. Ibu bapa juga harus memilih buku-buku yang sesuai sebagai hadiah untuk anak-anak mereka. Lama-kelamaan, minat membaca mereka akan meningkat.

Seterusnya, pihak penerbit boleh mempromosikan penjualan buku-buku dengan potongan harga istimewa. Mereka perlu menerbitkan buku-buku yang boleh membantu para pelajar dalam pelajaran mereka dan buku-buku yang boleh memberi pengajaran yang positif. Pihak penerbit juga boleh mengadakan pesta buku secara besar-besaran di Ekspo Singapura atau di Pusat Dagangan Singapura. Hal Ini boleh mempromosikan tabiat membaca kepada para pelajar. Pelajar-pelajar lebih gemar menghadiri pesta buku kerana di situ terdapat berbagai jenis buku daripada pelbagai genre.

Ramai pelajar juga dipengaruhi oleh media massa. Saluran Suria boleh mengadakan program membaca seperti rancangan ‘Krayon’ dan lain-lain. Media massa juga boleh mengiklankan slogan membaca supaya kanak-kanak akan berminat untuk membaca. Apabila mereka mempunyai tabiat membaca semenjak kecil lagi, tabiat membaca akan tertanam dalam jiwa mereka secara automatik.

Berdasarkan perbincangan di atas, jelaslah, membaca adalah kunci kejayaan. Kita harus memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar sejak awal lagi bak kata pepatah “kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya.” Ini bermakna budaya membaca harus dijadikan gaya hidup kita. Membaca perlu dijadikan prioriti negara demi menjana masyarakat yang kaya ilmu dan berdaya fikir. Sekiranya masyarakat Singapura rajin membaca, tidak hairanlah pada suatu hari nanti, impian Singapura untuk melahirkan rakyat yang arif budiman akan terlaksana.

Anisa Fadly Lam
Menengah 3E1
Sekolah Menengah Dunearn

Peningkatan kadar kehamilan dan pengguguran dalam kalangan remaja berpunca daripada kepincangan institusi keluarga. Bincangkan.

Remaja adalah tunggak bangsa dan negara. Merekalah harapan masyarakat pada hari muka. Mereka bertanggungjawab membina generasi seterusnya. Jika runtuh akhlak mereka, maka goyahlah akhlak generasi akan datang. Ini adalah kerana merekalah yang akan menjulang nama negara dan meletakkannya di mercu kejayaan kelak. Namum demikian, lautan mana yang tidak berombak, bumi mana yang tidak ditimpa hujan? Remaja juga seperti manusia biasa yang pastinya tidak akan terlepas daripada dibelenggui masalah. Contohnya, masalah seks rambang seperti pengguguran bayi dan pembuangan bayi. Persoalannya, adakah ibu bapa yang harus dipersalahkan di dalam hal ini? Adakah peningkatan kadar kehamilan dan pengguguran dalam kalangan remaja berpunca daripada kepincangan institusi keluarga?

Memang tidak boleh dinafikan bahawa peningkatan kadar kehamilan dan pengguguran dalam kalangan remaja berpunca daripada kepincangan institusi keluarga. Namun, ia masih boleh diperdebatkan. Hal ini kerana terdapat alasan-alasan lain yang menyebabkan masalah tersebut. Sebelum kita membuat apa-apa kesimpulan, ayuh kita tinjau alasan bagi menyokong dakwaan bahawa kepincangan institusi keluarga menyebabkan peningkatan kadar kehamilan dan pengguguran dalam kalangan remaja.

Alasan perdana adalah ibu bapa terlalu memanjakan anak-anak mereka. Ibu bapa terlalu taksub mencari lembaran kertas yang berharga itu sehinggakan mereka lalai dan alpa terhadap tanggungjawab mereka kepada anak-anak. Bagi menebus kesilapan mereka, wang belanja yang berlebihan telah diberikan kepada anak-anak mereka. Selain itu, kerana terlalu sayangkan anak mereka, ibu bapa telah memberikan kebebasan yang sepenuhnya kepada anak mereka. Apabila diberikan kebebasan, anak itu akan menyalahgunakan kebebasan dan kepercayaan yang diberikan sehinggakan menyebabkan mereka terlibat dalam kancah yang kurang sihat.

Alasan seterusnya ialah ketandusan kasih sayang daripada ibu bapa. Pada usia yang muda, remaja sangat memerlukan kasih sayang daripada ibu bapanya. Namun, mereka taksub mencari harta dunia sehinggakan melupakan tanggungjawab mereka mendidik anak-anak. Mereka alpa dan lalai dalam mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak mereka. Mereka juga tidak mengambil tahu perihal anak-anak mereka sama ada mereka di dalam dilema ataupun tidak. Lantaran itu, remaja akan mencari saluran eskapisme untuk mendapatkan kasih sayang. Selain itu, kemungkinan besar remaja tersebut akan terjerumus ke dalam lembah maksiat.

Alasan yang terakhir adalah keganasan rumah tangga. Menurut kajian yang telah dijalankan, 63% hingga 75% pasangan terlibat dalam keganasan rumah tangga. Keganasan rumah tangga boleh didefinasikan sebagai tindakan yang mempunyai niat untuk mencederakan, merosakkan atau membunuh ahli keluarga sendiri. Ini semua berpunca dari tekanan hidup dan kejahilan tentang agama. Keganasan rumah tangga boleh mendatangkan masalah seperti masalah seks rambang dalam kalangan remaja. Hal ini terbukti dengan berlakunya perpecahan keluarga seperti perceraian. Melalui penceraian, anak-anak meraka akan mempunyai masalah emosi. Keadaan Ini boleh mengakibatkan anak-anak mereka terlibat dalam aktiviti yang jurang menyenangkan seperti seks rambang.

Namun demikian, setelah membentangkan alasan-alasan yang menyebabkan peningkatan kadar kehamilan dalam kalangan remaja, terdapat juga alasan-alasan lain yang menyebabkan peningkatan kadar kehamilan dalam kalangan remaja. Alasan perdana adalah kejahilan tentang ilmu ukhrawi iaitu agama. Seseorang tokoh pernah berkata bahawa tanpa pendidikan agama, seseorang itu mempunyai iman yang goyah dan mudah dipengaruhi oleh iblis. Dengan ini, ramai yang tidak dapat mengawal nafsu lantas mereka akan mengadakan hubungan seks di luar nikah. Apabila si gadis itu mengandung anak luar nikah, mereka disuruh menggugurkan kandungannya demi menutup malu. Oleh demikian, kadar pengguguran dalamm kalangan remaja semakin meningkat.

Seterusnya, pengaruh rakan sebaya juga merupakan satu alasan yang menyebabkan peningkatan kadar kehamilan dan pengguguran dalam kalangan remaja. Rakan sebaya adalah agen yang memainkan peranan penting. Apabila mereka diberi kebebasan, mereka bergaul dengan rakan-rakan yang rendah akhlaknya. Ini akan mengakibatkan remaja tersebut terpengaruh dengan tingkah-laku rakan sebaya mereka itu. Atas desakan kawan-kawan mereka, mereka mengadakan hubungan seks di luar nikah . Alangkah bodohnya si remaja itu bak pepatah melayu,"seperti lembu dicucuk di hidung". Maka berlakulah kehamilan yang tidak dingini.

Alasan selanjutnya adalah pengaruh media massa. Memang tidak boleh dinafikan bahawa media massa memainkan peranan yang magnitud dalam mencari informasi dan menimba ilmu. Namun demikian, ia juga dapat menimbulkan implikasi yang negatif terhadap seseorang remaja itu. Contohnya, internet yang menyediakan pelbagai lelaman lucah yang kini tidak asing lagi dalam kalangan remaja. Dengan ini, para remaja akan terdorong untuk mengadakan hubungan seksual setelah menonton adegan-adegan yang mengghairahkan. Selain itu, televisyen juga seringkali menyiarkan rancangan-rancangan yang berunsur negatif dan hedonisme seperti 'Desperate Housewives', 'Hanyut' dan 'Seksa'. Rancangan-rancangan Ini telah menjadi contoh kepada golongan remaja. Lantas, mengakibatkan kadar kehamilan dalam kalangan remaja meningkat.

Akhir sekali adalah sikap individu itu sendiri. Tiada sesiapa yang dapat memaksa kita melakukan sesuatu melainkan kita sendiri yang membuat keputusan untuk melakukannya. Bak kata pepatah melayu, 'tepuk dada, tanya selera'. Seseorang remaja itu harus pandai membezakan antara yang baik dan yang buruk. Mereka haruslah berfikiran matang dalam membuat keputusan. Mereka haruslah bersikap berdisiplin. Mereka juga harus kuatkan iman mereka supaya mereka mudah melawan nafsu haloba. Melalui cara ini, mereka tidak akan mudah terjerumus ke dalam lembah maksiat. Remaja yang kurang bermoral atau disiplin akan mudah terpengaruh dengan sikap-sikap yang negatif seperti seks rambang.

Kesimpulannya, peningkatan kadar kehamilan dan pengguguran dalam kalangan remaja bukan hanya berpunca daripada kepincangan institusi keluarga. Ia juga berpunca daripada pelbagai pemangkin seperti kejahilan tentang agama, pengaruh rakan sebaya, pengaruh media massa dan juga sikap individu. Bagi mengatasi masalah ini semua pihak harus memainkan peranan. Adalah diharapkan pada suatu hari nanti Singapura akan bebas daripada masalah kehamilan dan pengguguran yang memudaratkan. Insya Allah.

Karmilah Bte Kamis
Menengah 4E2
Sekolah Menengah Dunearn

Masalah Penyalahgunaan dadah Subuteks semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. Jelaskan kesan-kesan penyalahgunaan dadah Subuteks dan halangan-halangan yang menggagalkan usaha untuk membanterasnya.

Dadah didefinisikan sebagai ubat-ubatan yang merosakkan atau membinasakan orang yang menggunakannya secara berlanjutan. Namun, pada era persejagatan ini penggunaan dadah semakin bermaharajalela. Salah satu jenis dadah yang menjadi tajuk berita ialah Subutexs. Subuteks adalah sejenis dadah sintetik yang merbahaya jika diambil secara keterlaluan. Punca-punca yang menyebabkan ramai orang menggunakan Subuteks ialah pengaruh dari rakan sebaya, ketandusan kasih sayang daripada orang tua dan bekalan dadah yang mudah diperolehi. Persoalannya, apakah kesan-kesan penyalahgunaan dadah Subuteks? Apakah halangan-halangan yang menggagalkan usaha untuk membanterasnya? Apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengatasi masalah ini? Mari kita bincangkan penyalahgunaan dadah ini terlebih dahulu.

Kesan penyalahgunaan dadah Subuteks yang pertama ialah dari aspek kesihatan. Subuteks merupakan sejenis dadah yang mampu membuat orang-orang yang menggunakanya menjadi ketagihan. Jika orang tersebut berhenti menggunakan Subuteks ini, dia akan berasa tidak nyaman dan juga berasa kesakitan seperti sukar untuk tidur, sakit kepala dan sakit perut. Kesihatan orang tersebut juga akan terjejas teruk. Contohnya, seorang pengguna Subuteks, Tina pernah mengatakan bahawa tubuhnya semakin kurus apabila dia terus-menerus menggunakan Subuteks. Dia juga sentiasa kelihatan lesu dan lemah. Ini akan membuat seseorang yang menggunakan Subuteks akan mudah jatuh sakit.

Kesan yang kedua ialah dari sudut sosial. Satu biji 8 gram Subuteks berharga sekitar $130 di pasaran gelap. Ini akan membuat seseorang yang sering menggunakan Subuteks menjadi miskin kerana harganya sangat mahal. Orang yang ketagih dadah Subuteks terpaksa meminjam wang daripada teman dan juga keluarga untuk memenuhi keperluannya agar dia tidak akan berasa kesakitan. Kes akan menjadi lebih kronik apabila teman dan juga keluarga tidak ingin meminjamkan wang lagi kepadanya kerana dia tidak dapat melunaskan hutang-hutangnya. Lazimnya dia terpaksa melakukan tindakan kriminal untuk mendapatkan wang seperti mencuri dan sebagainya. Dia juga mungkin akan hilang kesedarannya dan membunuh orang jika permintaannya tidak dipenuhi.

Kesan yang terakhir ialah masalah keluarga. Seorang suami yang terus-menerus menggunakan dadah akan menjadi papa kedana kerana dia banyak menghamburkan wangnya untuk membeli bekalan dadah. Kemungkinan juga dia akan mengajak isteri dan anaknya untuk ikut menggunakan Subuteks ini. Dia akan bersikap kasar terhadap keluarganya dan keluarganya akan menjadi porak-peranda. Oleh sebab itu, hubungan mereka akan terjejas kerana si isteri akan meminta si sumai untuk menceraikannya kerana sikap si suami yang agresif. Anak-anak juga akan terpengaruh dengan sikap orang tua mereka dengan bersikap kasar dan juga ikut menggunakan dadah. Anak-anak mereka juga mungkin akan mengalami depresi atau kemurungan kerana mereka terus-menerus melihat orang tua sering bergaduh.

Apakah pula halangan-halangan yang menggagalkan usaha untuk membanterasnya. Halangan pertama ialah sikap masyarakat yang negatif. Sikap masyarakat yang tidak mempedulikan keadaan ini menjadi hambatan untuk membanterasnya. Pemerintah bersendirian tidak akan dapat membendung penyalahgunaan Subuteks ini tanpa sokongan masyarakat. Masyarakat memainkan peranan penting bagi membanteras pengedaran dan penggunaan Subuteks. Masyarakat dapat melaporkan kepada pihak berwajib apablia mereka melihat transaksi antara pengedar dan pengguna Subuteks ini. Contohnya, baru-baru ini pihak polis telah berjaya menangkap pengedar Subuteks yang pertama iaitu Ow Wai Ping. Ow Wai Ping telah dipenjara enam tahun kerana mengedar dadah Subuteks. Tanpa informasi daripada masayarakat kemungkinan pihak polis tidak akan dapat memberkasnya.

Halangan seterusnya ialah kegagalan ibu bapa memainkan peranan mereka. Ibu bapa mencurahkan kasih sayang kepada anak mereka dengan menghamburkan wang ringgit kepada anak-anak mereka tanpa memberikan perhatian yang sewajarnya. Si anak akan berasa bahawa orang tua mereka tidak mempedulikan mereka. Mereka akan terpengaruh untuk mencuba dan menggunakan dadah tersebut. Masa depan mereka akan hancur apabila ini terus dibiarkan. Jika orang tua mereka memberikan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya, kemungkinan si anak tidak akan tergoda dan terpengaruh untuk menggunakannya. Secara tidak langsung, pengguna Subuteks juga akan berkurangan secara drastik.

Halangan yang terakhir ialah kelemahan individu itu sendiri. Individu yang lemah akan membuat orang itu tidak dapat menahan sakit dan kemahuan untuk mengambil Subuteks lagi. Walaupun mereka sudah mencuba untuk berhenti namun mereka tidak dapat menahan keinginan mereka untuk terus menggunakan Subuteks. Kelemahan individu adalah hambatan yang sangat besar bagi menggagalkan usaha pemerintah untuk membanteras dadah Subuteks.

Kesimpulannya, penyalahgunaan dadah Subuteks mendatangkan kesan-kesan yang memudaratkan dari aspek kesihatan, sosial dan juga keluarga. Halangan-halangan yang mengagalkan usaha untuk membanterasnya ialah sikap negatif masyarakat, pengabaian ibu bapa dan kelemahan individu itu sendiri. Saya mencadangkan agar pemerintah mengenakan hukuman yang lebih berat ke atas pengedar dan pengguna Subuteks. Ibu bapa harus memberikan perhatian yang lebih kepada anak-anak dan para pengguna Subuteks wajib pergi mendaftarkan diri dalam Program Pemulihan Sukarela (SVRP) untuk membasmi penyalahgunaan dadah Subuteks. Saya berharap agar penggunaan dadah Subuteks akan berkurangan agar segala macam bentuk dadah termasuk Subuteks akan dimusnahkan dari dunia ini. Saya berpendapat najis dadah termasuk Subuteks akan menghancurkan masa depan orang-orang yang menggunakannya jika mereka tidak pulang ke pangkal jalan.

Vincent Marthawan Jong
Menengah 4E1
Sekolah Menengah Dunearn

Warga tua merupakan golongan yang telah banyak berjasa kepada kemakmuran dan kemajuan negara Singapura. Nyatakan langkah-langkah yang boleh diambil untuk membantu golongan ini agar kehidupan mereka lebih selesa dan bermakna ketika usia senja.

Warga tua merupakan sumber dan pedoman kepada generasi muda untuk mengharungi pancaroba hidup. Malangnya, golongan ini sering terabai manakala jumlah penghuni di rumah orang-orang tua kian hari kian meningkat. Hal ini jelas memaparkan keruntuhan institusi keluarga yang amat membimbangkan. Kehidupan masyarakat pada era globalisasi ini lebih mementingkan kekayaan dan kebendaan daripada kasih sayang kepada keluarga. Gejala ini menyebabkan nasib warga tua pada zaman teknologi maklumat ini tidak lagi sebaik dahulu. Masyarakat kini beranggapan bahawa orang tua tidak produktif, tidak berguna, membebankan dan banyak karenah. Mengapakah kebajikan warga tua diabaikan? Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk membantu golongan istimewa ini agar kehidupan mereka lebih selesa dan bermakna ketika meniti usia senja.

Kumpulan Tari Puspa Sari

Kumpulan Tari Puspa Sari
Wira kacak dan srikandi jelita dari Dunearn

Kumpulan Kompang Lancang Kuning

Kumpulan Kompang Lancang Kuning
Wira-wira kacak dari Dunearn

Kumpulan Dikir Barat Puspa Wiraja

Kumpulan Dikir Barat Puspa Wiraja
Awok-awok menyanyi sambil bertepuk tangan