Tuesday, November 18, 2008

Peningkatan Kadar Kemalangan Jalan Raya Berpunca Daripada Kecuaian Pemandu Kenderaan. Bincangkan.

Dalam era pensejagatan ini kadar kemalangan jalan raya semakin meningkat. Hal ini kerana dalam kehidupan yang serba pantas, kita terpaksa mengejarkan masa kerana masa adalah emas. Oleh itu, untuk mengejarkan masa kita perlu memandu dengan laju dan dengan hal ini tanpa disedari berlakunya kemalangan jalan raya. Contohnya, peristiwa kemalangan yang berlaku di Muar yang menimpa seorang rakyat Singapura baru-baru ini telah menimbulkan kesedaran kepada orang ramai terutamanya pemandu kenderaan tentang soal keselamatan. Persoalannya, adakah peningkatan kadar kemalangan jalan raya berpunca daripada kecuaian pemandu kereta?

Saya bersetuju dengan pernyataan tersebut tetapi tidak seratus peratus. Memang saya tidak menafikan bahawa peningkatan kadar kemalangan jalan raya berpunca daripada kecuaian pemandu kenderaan.Alasan pertama ialah kecuaian pemandu yang mahu mengejar masa dan hendak tiba di destinasi secepat mungkin. Dalam keghairahan untuk sampai di destinasi yang dituju, pemandu lazimnya tidak menggunakan isyarat sewaktu menukar laluan. Hal ini akan menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya. Walaupun masa itu penting, namun kita perlu memandu kenderaan dengan berhati-hati kerana kita telah mempertaruhkan nyawa orang lain dan ahli keluarga sendiri. Contohnya isu kemalangan yang berlaku di Muar mengakibatkan seluruh ahli keluarga terkorban kecuali bayi yang berumur 2 bulan. Oleh itu, setiap pemandu kenderaan diseru supaya berhati-hati di jalan raya bak pepatah, “biar lambat asal selamat”.

Alasan kedua, sikap pemandu yang tidak bertanggungjawab dan mengikut kehendak nafsunya. Pemandu yang memandu di bawah pengaruh alkohol ataupun minuman keras akan menimbulkan risiko kemalangan.Biasanya pemandu yang memandu kenderaannya dengan keadaan mabuk akan hilang daya pertimbangan dan menyebabkan kemalangan.

Alasan ketiga, sikap pemandu yang lalai atas perbuataannya. Hal ini demikian kerana pemandu tidak memberi sepenuh perhatian ketika memandu. Pemandu ada kalanya didapati menggunakan telefon bimbit semasa memandu kenderaannya. Apa gunakan fungsi “Bluetooth” atau “earpiece”? Walaupun ada panggilan yang diterima ketika memandu, pemandu tersebut tidak semestinya dilarang menjawabnya malah pemandu boleh menjawab panggilan tersebut dengan kegunaan fungsi telefon bimbit seperti “Bluetooth” dan “earpiece”. Oleh itu, pemandu kenderaan tersebut dapat menjawab panggilan tersebut dan juga memandu kenderaan pada masa yang sama dengan dua belah tangannya dan memberi sepenuh perhatian ketika memandu.

Namun, kemalangan jalan raya bukan disebabkan kecuaian pemandu kenderaan sahaja malah ada sebab-sebab lain. Sebab pertama ialah faktor persekitaran.Contohnya, permukaan jalan raya menjadi licin pada waktu hujan. Hal ini kerana permukaan jalan raya sering dibasahi air hujan.Pada Tambah waktu hujan permukaan jalan raya menjadi licin. Keadaan ini boleh menyebabkan kemalangan jalan raya. Setiap pemandu kenderaan harus berwaspada ketika memandu ketika waktu hujan.

Sebab kedua ialah keadaan jalan raya yang agak sempit dan sesak. Buktinya dalam masa menyambut Tahun Baru Cina sebanyak 90 kemalangan jalan raya dilaporkan berlaku atas sebab pemandu kenderaan ingin menuju ke satu destinasi yang berbeza tetapi menggunakan hala tujuan jalan raya yang sama. Oleh itu, setiap pemandu kenderaan diseru supaya memandu dengan teliti, terutamanya semasa musim perayaan kerana kenderaan di jalan raya semakin bertambah.

Sebab ketiga ialah lampu isyarat yang tidak berfungsi Hari demi hari, Apabila berlakunya kerosakan kepada lampu isyarat kemalangan mungkin berlaku di jalan raya. Lantaran itu ramai nyawa yang terkorban. Oleh itu, pihak perintah telah mengisytiharkan bahawa lampu isyarat harus diperbaiki dan ditukarkan dengan baru jika perlu dalam tempoh sebulan sekali, supaya dapat mengurangkan lampu isyarat yang rosak bagi mengelakkan kemalangan.

Daripada perbincangan di atas, jelaslah bahawa peningkatan kadar kemalangan jalan raya bukan sahaja berpunca daripada kecuaian pemandu kenderaan tetapi juga disebabkan oleh faktor persekitaran dan keadaan jalan raya yang sempit. Sebagai rakyat yang prihatin, kita perlu memandu kenderaan dengan penuh hati-hati supaya tiada lagi nyawa yang terkorban. Oleh itu, kita perlu berpegang kepada cogan kata “biar lambat asal selamat”. Dengan ini, kadar kemalangan jalan raya dapat dikurangkan secara drastik.

Muhammad Husni
Menengah 5 Ruby
Sekolah Menengah Dunearn

No comments:

Kumpulan Tari Puspa Sari

Kumpulan Tari Puspa Sari
Wira kacak dan srikandi jelita dari Dunearn

Kumpulan Kompang Lancang Kuning

Kumpulan Kompang Lancang Kuning
Wira-wira kacak dari Dunearn

Kumpulan Dikir Barat Puspa Wiraja

Kumpulan Dikir Barat Puspa Wiraja
Awok-awok menyanyi sambil bertepuk tangan