Tuesday, November 18, 2008

Remaja Tidak Harus Bekerja Sambil Bersekolah. Bincangkan.

Pada zaman pasca perindustrian ini, isu-isu yang berkaitan dengan remaja bekerja semasa bersekolah semakin hangat dibicarakan masyarakat seperti epidemik yang memusnahkan. Remaja boleh didefinisikan sebagai golongan yang berusia antara 13 sehingga 18 tahun dan sudah akil baligh. Persoalannya, haruskah para remaja bekerja semasa bersekolah? Apakah kesan-kesannya jika mereka berbuat berdemikian ?

Saya bersetuju dengan dakwaan tersebut tetapi tidak seratus peratus. Memang tidak boleh dinafikan bahawa para remaja tidak harus bekerja semasa bersekolah tetapi ia masih boleh diperdebatkan dengan alasan-alasan yang tuntas. Pendek kata, remaja dan pekerjaan bagaikan irama dan lagu yang tidak dapat dipisahkan. Alasan prima mengapa para remaja tidak harus bekerja sewaktu bersekolah ialah ia mengambil masa yang diperuntukkan kepada pelajaran dan waktu ulangkaji. Setiap manusia cuma mempunyai 24 jam pada setiap hari. Oleh itu, para remaja tidak mempunyai masa untuk mengulangkaji pelajaran mereka di rumah. Jikalau hal ini berlanjutan, para remaja akan gagal dalam peperiksaan kerana mereka tidak mempunyai cukup masa untuk mengulangkaji pelajaran mereka.

Alasan seterusnya ialah ia dapat menjejas kesihatan remaja. Selepas pulang daripada sekolah kira-kira jam tiga, mereka harus keluar semula untuk bekerja sehingga larut malam. Sudah terbukti bahawa setiap manusia memerlukan serkurang-kurangnya tujuh jam untuk tidur pada setiap hari. Oleh kerana remaja pulang kerja pada lewat malam, mereka tidak mempunyai cukup tidur dan tidak mampu untuk mengikuti pelajaran di sekolah pada keesokan harinya. Oleh kerana sibuk kerja, para remaja juga akan mengabaikan makan minum mereka. Selain daripada itu, tekanan juga akan menimpa mereka. Remaja mana yang tidak tertekan apabila belajar lapan jam di sekolah dan harus bekerja sehingga larut malam selepas bersekolah? Tekanan daripada sekolah dan kerja pastinya akan menjejas kesihatan mereka. Oleh itu bekerja semasa bersekolah dapat menimbulkan kesan negatif seperti menjejaskan kesihatan seorang remaja yang juga masih digelar seorang pelajar.

Alasan terakhir mengapa para remaja tidak harus bekerja semasa bersekolah ialah ia dapat menjejas tali silaturrahim keluarga mereka. Seperti yang kita bincangkan tadi, bekerja semasa bersekolah mengambil banyak masa seorang pelajar. Salah satu ialah masa keluarga. Keeratan hubungan keluarga akan longgar jika para remaja tidak mempunyai masa untuk bersama keluarga, kegiatan seperti makan bersama, keluar ke pantai bersama-sama dapat mengeratkan ikatan silaturrahim keluarga remaja tersebut. Walau bagaimanapun, masa tersebut telah digunakan untuk bekerja dan akhirnya membawa kesan yang buruk kepada keluarga mereka.

Namun, bekerja semasa bersekolah membawa kesan-kesan positif pada para remaja. Kesan prima ialah bekerja dapat menjauhkan mereka daripada jenayah seperi merompak. Mengapakah para remaja bekerja? Mereka bekerja kerana mereka memerlukan duit untuk membeli barang keperluan mereka seperti telefon bimbit yang terkini, PSP dan sebagainya. Oleh itu, apabila mendapat gaji, para remaja tidak perlu mencuri kerana mereka sudah mempunyai wang untuk membelinya. Selain itu, para remaja harus bekerja sewaktu bersekolah kerana mereka masih mentah dan harus menghadapi dunia yang luas pada umur yang muda supaya mereka sudah bersedia untuk menghadapinya pada masa yang akan datang. Mereka juga dapat pengalaman yang berguna dan boleh digunakan pada masa depan mereka.

Selain kesan-kesan itu, para remaja juga lebih bersyukur pada apa yang mereka punyai kini. Para remaja kini tidak bersyukur pada apa yang telah diberikan oleh ibu bapa mereka kerana mereka tidak tahu betapa susahnya ibu bapa mereka bekerja untuk mendapatkan rezeki yang halal untuk memberi makan kepada para remaja. Oleh itu, bekerja pada umur yang mudah dapat menyedarkan diri para remaja betapa dalamnya kasih sayang ibu bapa mereka terhadap mereka. Dari itu, para remaja harus memanjat kesyukuran kepada Allah s.w.t pada apa ia telah berikan kepada mereka. Dari itu, bekerja sewaktu bersekolah dapat membawa beberapa kesan-kesan positif seperti menjauhkan mereka daripada jenayah, mendapat pengalaman dan menyedarkan diri mereka.

Kesimpulannya,remaja tidak harus bekerja semasa bersekolah kerana ia akan membawa kesan-kesan yang buruk seperti menjejas kesihatan, menimbulkan tekanan,menjejas masa mengulangkaji pelajaran dan juga merenggangkan ikatan kekeluargaan. Namun bekerja semasa bersekolah ada kalanya digalakkan untuk meringankan beban keluarga yang mempunyai tahap sosio-ekonomi yang rendah.Yang penting remaja harus pandai membahagikan masa antara pelajaran dan pekerjaan supaya tidak tercetus keadaan di mana “yang dikejar tak dapat, yang digendong keciciran.”

Mirza Arrifin
Menengah 3 Emerald
Sekolah Menengah Dunearn

No comments:

Kumpulan Tari Puspa Sari

Kumpulan Tari Puspa Sari
Wira kacak dan srikandi jelita dari Dunearn

Kumpulan Kompang Lancang Kuning

Kumpulan Kompang Lancang Kuning
Wira-wira kacak dari Dunearn

Kumpulan Dikir Barat Puspa Wiraja

Kumpulan Dikir Barat Puspa Wiraja
Awok-awok menyanyi sambil bertepuk tangan