Tuesday, November 18, 2008

Punca-Punca Keganasan Rumah Tangga Dan Langkah-Langkah Mengatasinya.


Menurut Kaunselor Kanan Persatuan Kanak-kanak Singapura di bahagian Pusat Khidmat Keluarga, Cik Noor Sida Abdullah, daripada 20 kes yang dirujuk di pusat itu tahun lalu, enam melibatkan kes keganasan keluarga. Daripada jumlah itu, lima kes melibatkan penderaan secara fizikal dan satu kes secara verbal atau lisan. Statistiks ini jelas membuktikan bahawa masalah keganasan rumah tangga begitu serius dan harus ditangani dengan bijak. Persoalannya apakah punca-punca yang menyebabkan tercetusnya keganasan rumah tangga dan apakah pendekatan atau strategi yang boleh dilakukan untuk menangani masalah tersebut.

Punca prima ialah tekanan hidup dan masalah individu. Dalam era persejagatan ini kita tidak sunyi daripada dibelenggu masalah dan tekanan. Tekanan biasanya wujud dalam pekerjaan mahupun rumah tangga. Menurut pepatah Inggeris, 'tiada barang di dunia ini yang percuma." Semua harta benda di dunia ini mempunyai harga termasuklah barang yang besar mahupun barang yang kecil. Hal ini kerana kebanyakan keluarga mengalami kesempitan wang akibat inflasi dan kemelesetan ekonomi. Ini juga menyebabkan mereka mengalami masalah pekerjaan. Sikap individu juga adalah pemangkin kepada keganasan rumah tangga. Bak kata pepatah “Sayang akan kain, buangkan baju,sayang akan yang lain, buangkan aku. Menurut pernyataan ini, sikap individu adalah unsur paling penting dalam menjamin kebahagiaan sesebuah rumah tangga. Seorang suami isteri haruslah jujur dengan diri masing-masing dan janganlah bermain kayu tiga.

Seterusnya, kejahilan tentang agama. Seorang tokoh pernah berkata bahawa tanpa pendidikan agama, seseorang itu mempunyai iman yang goyah dan mudah diperanguhi iblis. Dengan itu, pasangan suami isteri itu seharuslah mempunyai sikap sabar kerana sikap ini adalah separuh dari iman. Mereka boleh melepaskan kemarahan dengan memekik dengan sekuat hatinya atau mendengar muzik atau menarik nafas dengan perlahan untuk meredakan kemarahan yang meluap-luap.

Selanjutnya, sikap individualistik masyarakat sekeliling yang kurang prihatin. Apabila berlaku penderaan dan keganasan biasanya jiran tetangga bersikap dingin dan tidak mahu campur tangan. Akibatnya si pendera akan terus mendera ahli keluarganya kerana tiada siapa yang menghalang dam tindakannya langsung tidak dipedulikan oleh jiran-jiran. Pendera akan bertindak sewenang-wenangnya kerana tiada sesiapa yang memantaunya. Ini menunjukkan bahawa masyarakat kita hanya mementingkan diri dan langsung mengabaikan tanggungjawab mereka untuk menolong antara satu sama lain.

Terdapat banyak cara-cara untuk menangani masalah keganasan dengan baik. Pertama dengan khidmat kaunseling. Khidmat kaunseling perlu dilakukan sebelum memasuki alam perkahwinan dan selepas perkahwinan agar mereka memahami tentang kewajipan dan dasar-dasar sesuatu perkahwinan. Ini penting kerana ini boleh menghalangkan sesebuah keluarga daripada berkecai akibat keganasan.

Cara kedua ialah melalui tindakan undang-undang. Masyarakat kita sudah jelak dengan kes-kes keganasan ini. Sebab itu, Kelulusan Akta Keganasan Rumahtangga 1994 telah ditubuhkan untuk melindungi mangsa keganasan rumah tangga . Menurut Akta ini, pesalah boleh didenda tidak melebihi empat ribu dan penjara tidak lebih setahun. Ini dapat mengelakkan si pendera daripada mendera mangsanya kerana dia akan berfikir dua kali untuk melakukannya.

Akhir sekali, peranan masyarakat dan media massa. Masyarakat setempat perlu mempunyai rasa tanggungjawab sosial untuk bersama-sama membantu mengatasi masalah ini. Ini dapat menganjak paradigma masyarakat yang bersikap individualistik. Media massa pula harualah berperanan secara proaktif sebagai sumber sebaran maklumat yang berwibawa dalam usaha untuk menyedarkan masyarakat tentang keganasan rumah tangga. Akhirnya, peranan pendidikan. Pendidikan yang berteraskan pengetahuan agama dan moral perlu dilaksanakan pada semua peringkat sekolah.

Kesimpulannya, "rumahtangga yang bahagia perlukan usaha dan ada masanya pertolongan". Kata-kata panduan dari program televisyen Kpak Bing! Bing! ini telah sengaja dipetik sebagai peringatan kepada ibu bapa dan keluarga yang sedang mengalami keadaan porak-peranda dalam keluarga mereka bahawa, sebuah rumahtangga yang bahagia haruslah ada sikap sabar dan janganlah berlagak seperti “ enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing”.

Nabilah Fikri Bte Sapari
Menengah 3 Emerald
Sekolah Menengah Dunearn

No comments:

Kumpulan Tari Puspa Sari

Kumpulan Tari Puspa Sari
Wira kacak dan srikandi jelita dari Dunearn

Kumpulan Kompang Lancang Kuning

Kumpulan Kompang Lancang Kuning
Wira-wira kacak dari Dunearn

Kumpulan Dikir Barat Puspa Wiraja

Kumpulan Dikir Barat Puspa Wiraja
Awok-awok menyanyi sambil bertepuk tangan